• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pihak Berkuasa Fokus Perangi Rokok Murah – CMTM

oleh AK-47
30/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia (CMTM) berharap pihak berkuasa akan meningkatkan usaha memerangi perdagangan rokok murah haram jika mereka serius untuk mengurangkan tabiat merokok.

CMTM dalam satu kenyataan hari ini, berkata semua agensi penguatkuasaan undang-undang termasuk Kementerian Kesihatan, perlu berganding bahu dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk memerangi perdagangan rokok haram.

“Rokok haram sudah mencapai tahap yang membimbangkan di Malaysia, kami percaya bahawa isu ini perlu diberi keutamaan dan memerlukan kerjasama daripada semua agensi-agensi penguatkuasaan termasuk pendekatan holistik dalam polisi cukai.

“Untuk penguatkuasaan menjadi berkesan, pasaran tidak boleh lagi dibebankan dengan kenaikan harga dan oleh itu, satu penangguhan ke atas rokok eksais menjadi kunci utama,” katanya.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Nielsen Malaysia pada Disember 2016, pasaran rokok haram telah menguasai pasaran sebanyak 57.1 peratus dan ini merupakan salah satu daripada kadar yang tertinggi di dunia.

“Dalam persekitaran ekonomi semasa di mana sentimen pengguna masih lemah, kenaikan harga rokok hanya akan membuahkan situasi yang merugikan kerana pengguna akan beralih kepada alternatif haram yang lebih murah iaitu pada harga serendah RM3.00 setiap pek.

“Apabila lebih daripada satu dalam dua pek adalah haram dan dijual lebih murah, menaikkan lagi harga rokok yang sah dari segi undang-undang kepada RM21.50 tidak akan mengurangkan apa-apa kecuali hasil pendapatan kerajaan,” katanya.

Katanya, peniaga-peniaga rokok haram akan terus mengaut keuntungan besar daripada aktiviti haram ini, mengakibatkan kerugian kira-kira RM4 bilion kepada kerajaan dalam kutipan hasil seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Kastam pada 2016. – BERNAMA

Tags: Rokok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

11/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Tindakan Wanita Malaysia bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menggesa supaya hasil tambahan daripada duti eksais ke...

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

2 Lelaki Ditahan Jual Arak, Rokok Tidak Bercukai

09/09/2025
0

Klang: Polis membongkar kegiatan menjual rokok dan minuman keras tidak bercukai secara runcit selepas menyerbu sebuah rumah dan kedai di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd