• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukan RM23 Juta Ambil Alih PPR Lembah Subang 1

oleh Ahmad Albab
14/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM23 juta bagi mengambil alih pengurusan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1 daripada kerajaan negeri Selangor.

Menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar berkata peruntukan itu bagi memberi pembelaan kepada hampir 10,000 penduduk di 3,000 unit PPR itu yang hidup dalam keadaan daif dengan kemudahan lif dan penyelenggaraan tidak terurus serta alam sekitar tidak sejahtera.

“Tapi malangnya bila kita (kementerian) nak ambil alih pengurusan tersebut, kerajaan negeri Selangor pula minta bayaran RM60 juta daripada kementerian.

“Bayaran tersebut termasuk RM30 juta iaitu bayaran sewa yang tidak dibayar oleh penduduk PPR tersebut,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau berkata tuntutan tersebut dilihat sebagai tidak adil kerana KPKT yang membina perumahan tersebut sebelum menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk diuruskan.

“Kita yang bina perumahan ini, bila siap, kita serah 100 peratus kepada pihak negeri untuk diuruskan. Kalau mereka kata tidak mampu nak urus seperti PPR Lembah Subang 1 ini, dengan keadaannya yang amat daif sekali, KPKT telah buat keputusan akan ambil alih pengurusannya.

“Saya dukacita sekali bila kerajaan negeri minta kita bayar RM60 juta untuk ambil alih PPR ini,” katanya.

Menurut Noh, rundingan antara kementerian dengan wakil kerajaan negeri Selangor berhubung pengambilalihan PPR itu masih berlangsung.- BERNAMA

Tags: PPRTan Sri Noh Omar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Saman Ke Atas Husam Sedang Berjalan – PAS

Next Post

BAM Hantar Surat Bantahan Kepada BWF, England BA

Related Posts

Johor Bina, Naik Taraf PPR – Onn Hafiz

Johor Bina, Naik Taraf PPR – Onn Hafiz

23/08/2022
0

JOHOR BAHRU : Johor akan membina dan menaik taraf Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negeri dalam usaha meningkatkan kesejahteraan...

KWP Cadang Bina Parkir Bertingkat Di PPR Seri Anggerik

19/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bercadang membina parkir bertingkat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Anggerik, Jalan Klang...

Next Post

BAM Hantar Surat Bantahan Kepada BWF, England BA

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd