• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perumahan Awam Razak Mansion Tinggal Kenangan

oleh Ahmad Albab
16/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dalam keterujaan menduduki rumah baharu di Perumahan 1Razak Mansion, kebanyakan penduduk asal perumahan awam (PA) Razak Mansion di Jalan Sungai Besi di sini, berharap keakraban penduduk pelbagai kaum sejak 40 tahun lepas dapat dikekalkan.

Warga emas Sun Lin Zhen, 78, berkata beliau mempunyai jiran kaum Melayu dan India yang sentiasa sudi menghulurkan bantuan apabila diperlukan.

“Walaupun kami bakal berpindah ke rumah baharu, banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang lebih 40 tahun di blok lama dan jiran pelbagai kaum yang bagaikan keluarga kami sendiri,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Beliau antara 658 penghuni PA Razak Mansion yang menerima kunci kediaman baharu pada Majlis Penyerahan Kunci 1Razak Mansion oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini semalam.

Sebanyak 658 unit rumah baharu dibina di bawah projek itu dengan keluasan 800 kaki persegi berbanding saiz unit lama di PA Razak Mansion iaitu 399 hingga 504 kaki persegi, dengan tiga bilik dan dua bilik air, selain dilengkapi pelbagai kemudahan awam.

Pembinaan PA Razak Mansion yang dimulakan pada 1963 itu dirasmikan bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein pada 1967 yang merupakan Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Suri rumah S. Letchumi, 45, yang mendiami perumahan awam itu sejak 1978 berkata kebanyakan penghuni di situ meraikan perayaan bersama-sama dan bergotong-royong mengadakan rumah terbuka dan kenduri kahwin.

“Suasana seperti itu pasti akan dikenang sampai bila-bila. Meskipun di 1Razak Mansion kami boleh melakukan perkara serupa, namun suasana seperti kampung itu mungkin tidak dirasai seperti di rumah lama kami,” katanya.

Peniaga Lim Kah Wei, 27, pula berpuas hati dengan kediaman baharu yang bakal didiaminya dengan kemudahan pasar baharu dan tempat letak kereta yang lebih banyak.

Penjawat awam Mohamad Salleh Ismail, 40, mencadangkan kerajaan mengekalkan satu blok PA Razak Mansion sebagai simbol kenangan kepada penduduk.

“Jika mahu robohkan sekali pun, tinggalkan satu blok untuk kami mengenang memori lama tinggal di kawasan itu ataupun kekalkan memorial Razak Mansion yang terletak di pintu masuk kawasan perumahan,” katanya.

Projek pembangunan semula yang menelan kos sebanyak RM150 juta itu memperkenalkan konsep penggantian unit kediaman ‘one to one’ kepada penduduk, yang mula dibina pada 2014 dan siap selepas dua setengah tahun.

Projek itu dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan pemaju dilantik oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri. – BERNAMA

Tags: Razak Mansion
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

DAP Sarawak Sebar Persepsi Negatif Ke Atas Islam – PAS

Next Post

Cadang Tarik Balik Subsidi Harga Minyak Jatuh Diteliti

Related Posts

Dulu Flat Usang, Kini Razak Mansion Jadi Kondo

15/03/2017
0

KUALA LUMPUR - Bertuahnya pemilik 1Razak Mansion di Jalan Sungai Besi! Jika dahulu tinggal di flat satu atau dua bilik...

Next Post

Cadang Tarik Balik Subsidi Harga Minyak Jatuh Diteliti

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd