• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perogol 21 Kucing Dicekup Penat Seks Dalam Kereta

oleh
05/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Seorang lelaki yang disyaki telah memperkosa sebelum membunuh 21 ekor kucing ditangkap setelah polis menemuinya pengsan di dalam keretanya bersama seekor kucing betina.

Penjenayah itu, Robert Roy Farmer, 25; dari San Jose akhirnya bakal dihukum penjara selepas mengaku bersalah di sebuah mahkamah dalam 21 pertuduhan jenayah seksual terhadap haiwan, lapor media tempatan, Mercury News.

Pihak berkuasa mengenakan dakwaan masing-masing untuk kes kucing yang diseksanya, penderaan kecil dan mabuk berlebihan ketika perbicaraan berlangsung di sebuah mahkamah di Santa Clara County dekat sini semalam.

Panel hakim dalam kes unik itu bagaimanapun ingin mendengar pandangan pakar psikiatri terlebih dahulu sebelum mereka dapat menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan kejam dilakukan oleh Robert tersebut

Tertuduh mengaku merogol sejumlah kucing sebelum membunuh mangsa. Hakim Sharon A Chatman akhirnya memutuskan agar pasukan psikiatri ditugaskan untuk memeriksa mental Robert atas permintaan pihak peguam.

“Perbicaraan mungkin perlu disambung semula pada 7 April depan. Setelah mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak, ia diharap dapat membantu kami untuk membuat keputusan penghakiman sewajarnya.

“Hal terpenting dalam perbicaraan ini adalah bagi memastikan kami (panel hakim) memiliki semua maklumat mengenai tertuduh untuk akhirnya menghasilkan keputusan yang adil dan masuk akal,” tambah Sharon.

Robert ditangkap ketika seorang anggota polis San Jose secara kebetulan menemuinya pengsan akibat keletihan teruk di dalam sebuah kereta dengan seekor kucing betina yang sudah mati pula berada di sebelahnya.

Hasil laporan bedah siasat pihak San Jose Animal Care and Service, sebuah agensi kebajikan haiwan tempatan menyatakan kucing berwarna jingga yang dijumpai mati di kereta Robert, menunjukkan tanda-tanda diperkosa.

Lebih mengejutkan apabila bangkai kucing malang itu juga didapati mengalami kecederaan serius pada bahagian alat kelaminnya malah DNA daripada Robert berjaya ditemui di bawah cakar si mamalia comel tersebut.

Setelah dilakukan ujian lanjutan DNA, ternyata Robert dikaitkan dengan kematian bersiri 21 ekor kucing terdahulu yang pernah mencetuskan kebimbangan masyarakat setempat. – Agensi/Mynewshub/cc/HAA

Tags: kucingmamalia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

25/12/2025
0

Kalau benar kucing ini dibuang oleh manusia, tolong dengar baik-baik. Kucing ini jinak, bersih, dan jelas pernah hidup indoor. Lebih...

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

16/11/2025
0

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal yang disyaki meliwat dan mencampak seekor kucing dari aras empat sebuah pangsapuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd