• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peranan Diktator Lebih Mudah Semua Terlaksana

oleh AK-47
27/03/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – “Di Johor Darul Ta’zim (JDT) saya memainkan peranan sebagai diktator supaya lebih mudah untuk memastikan setiap perkara dilaksanakan.”

Demikian titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengulas tentang pelantikannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu.

Baginda yang merupakan pemilik kelab bola sepak JDT bertitah, kaedah itu bagaimanapun agak sukar dilaksanakan dalam FAM disebabkan perlembagaan sedia ada.

“Namun begitu, ia akan diatur dalam masa terdekat dan saya akan memastikan akan adanya struktur yang lebih baik, ketelusan dan sikap profesionalisme,” titah baginda menerusi laman Facebook rasmi JDT semalam.

Tunku Mahkota Johor turut menegaskan akan meletakkan semua ‘orang’ baginda di Lembaga Disiplin, Jawatankuasa Tatatertib, Jawatankuasa Integriti dan Kewangan FAM serta organisasi pasukan kebangsaan.

Titah baginda, Timbalan Presiden FAM dan Exco lebih kepada formaliti sahaja, namun mereka tetap perlu melakukan tugas tetapi ada batasannya.

“Sudah tentu semua orang perlu bekerja. Tetapi apa yang penting adalah orang yang berada di atas sekali. Ia sentiasa di bawah satu arahan.

“Jeneral selaku pemerintah dan askar-askar yang akan dikerahkan untuk masuk ke medan pertempuran. Ia bukan mengenai para Brigadier, Kolonel atau Mejar. Ia mengenai Jeneral,” titah baginda.

Baginda turut bertitah, semua kewangan dalam FAM dan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) akan diaudit dengan teliti dan secara terperinci oleh ‘orang’ baginda. – MYNEWSHUB.CC

Tags: FAMTunku Ismail Sultan Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd