• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Dodol Hadapi Tuduhan Perdagang Wanita

oleh Ahmad Albab
07/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang pemilik syarikat perusahaan dodol di negeri ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap pertuduhan memperdagangkan seorang wanita pada Februari lepas.

Siah Siu Eng, 64, didakwa memperdagangkan Anita Dendo, seorang warga Indonesia bagi maksud eksploitasi kerja paksa, di Taman Semabok di sini, pada 5 petang, 11 Feb lepas.

Wanita empat anak itu didakwa mengikut Seksyen 12, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Iffa Sirrhu Samsudin menawarkan wang jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin untuk tertuduh.

Peguam Andrew Lourdes dan M. Pusppa yang mewakili Siah memohon mahkamah mengurangkan jaminan itu atas alasan anak guam mereka menghidap masalah jantung.

Hakim Norma Ismail membenarkan wanita warga emas itu diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 April depan untuk mengambil rakaman keterangan mangsa. – BERNAMA

Tags: Kes derapeniaga
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Ops Kesan 6.0 di bawah Akta...

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd