• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Dijel 7 Tahun, Rompak Warga Myanmar

oleh Ahmad Albab
24/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur dihukum penjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merompak wang tunai dan telefon pintar milik seorang warga Myammar, minggu lepas.

Hakim Mohd Zulbahrin Zainuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap S. Sathiya, 29, selepas dia mengaku bersalah melakukan rompak berkumpulan bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas, ke atas Tual Sian Sang, 27, di sebuah bilik hotel, di Jalan Sultan, di sini, pada 6.54 pagi, 15 Mac lepas.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkapan iaitu pada hari kejadian.

Antara barangan yang dirompak ialah wang tunai RM550 dan sebuah telefon pintar jenis OPPO milik mangsa dan tertuduh didakwa di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurakmal Farhan Aziz memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal supaya bukan sahaja memberi pengajaran kepada tertuduh tetapi juga kepada masyarakat.

Tertuduh, yang tidak diwakili, merayu hukuman penjara minimum yang bermula dari tarikh tangkapan. – BERNAMA

Tags: PenganggurRompak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pembantu Akaun PIBG Didakwa Guna Cek Palsu

Next Post

Bapa 3 Anak Dijel 7 Tahun, 2 Sebatan Kerana Merompak

Related Posts

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

03/07/2025
0

SHAH ALAM - Seorang penganggur yang berhijrah dari kampung ke Sungai Buloh untuk mencari pekerjaan, didakwa di Mahkamah Majistret di...

Suri Rumah Dalang Rancang Rompak Mentua Sendiri

Suri Rumah Dalang Rancang Rompak Mentua Sendiri

21/05/2025
0

PEKAN - Helah seorang suri rumah yang berpura-pura menjadi mangsa samun terbongkar apabila siasatan polis mendapati kejadian itu dirancang bersama...

Next Post

Bapa 3 Anak Dijel 7 Tahun, 2 Sebatan Kerana Merompak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd