• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembiayaan Bersih Sektor Swasta Berkembang – BNM

oleh AK-47
31/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pembiayaan bersih kepada sektor swasta mencatat pertumbuhan tahunan sebanyak 5.4 peratus pada Februari, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata pertumbuhan berkenaan didorong oleh pertumbuhan sederhana dalam pinjaman yang diberikan oleh sistem perbankan dan institusi kewangan pembangunan (IKP), serta terbitan bon korporat terkumpul bersih pada bulan itu.

Pinjaman perniagaan terkumpul sistem perbankan meningkat dengan stabil sebanyak 5.4 peratus (Januari: 5.4 peratus), dengan pertumbuhan didorong oleh peningkatan tahunan dalam sektor perkilangan; kewangan, insurans dan perkhidmatan perniagaan serta pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi, katanya.

Bagi isi rumah, pula, BNM berkata, pinjaman terkumpul sistem perbankan meningkat pada kadar yang lebih perlahan sebanyak 5.1 peratus pada Februari (Januari: 5.2 peratus).

Menurut bank pusat, permintaan pinjaman keseluruhan naik pada bulan itu dengan permohonan pinjaman yang lebih tinggi, khususnya daripada sektor perniagaan.

Wang secara luas atau M3, pula meningkat dengan lebih sederhana sebanyak 3.6 peratus pada Februari (Januari: 4.4 peratus).

Peningkatan wang secara luas terus disokong oleh pemberian kredit kepada sektor swasta dan tuntutan bersih lebih tinggi terhadap Kerajaan.

Bagaimanapun, peningkatan ini telah diimbangi sebahagiannya oleh penurunan aset asing bersih yang disebabkan oleh aliran keluar modal bersih pada bulan itu dan pertumbuhan Akaun Pelaburan Islam yang berterusan, seperti dicerminkan dalam pengaruh lain.

Sistem perbankan terus mengekalkan kedudukan modal yang kukuh, kata BNM.

Nisbah Modal Ekuiti Biasa Kumpulan 1, Nisbah Modal Kumpulan 1 dan Nisbah Jumlah Modal masing-masing pada 13.1 peratus, 13.9 peratus dan 16.9 peratus.

Menurut bank pusat, paras pinjaman terjejas bersih kekal pada 1.2 peratus daripada pinjaman bersih, dengan nisbah perlindungan kerugian pinjaman pada 90.8 peratus.

Katanya dengan mengambil kira rizab pengawalseliaan bagi pinjaman dan pembiayaan, bank terus mempunyai penampan yang mencukupi untuk menampung kemungkinan kerugian kredit. – BERNAMA

Tags: Bank Negara Malaysia (BNM)
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Permohonan Moratorium Pinjaman Dibuka, Lulus Automatik

07/07/2021
0

KUALA LUMPUR - Permohonan untuk mendapatkan kemudahan bayaran balik pinjaman atau moratorium untuk tempoh enam bulan akan dibuka bermula esok....

Rizab Rasmi Malaysia AS$102.484 Bilion Pada Akhir April

29/05/2020
0

KUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Malaysia tetap boleh guna pada akhir April 2020, dengan aset rizab rasmi berjumlah AS$102.484 bilion....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd