• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembantu Akaun PIBG Didakwa Guna Cek Palsu

oleh Ahmad Albab
24/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pembantu akaun Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sebuah sekolah didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, hari ini atas 28 pertuduhan menggunakan cek palsu berjumlah RM20,800.

Ew Bee Hoon, 38, yang juga seorang suri rumah, mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Berdasarkan kesemua pertuduhan, wanita itu didakwa dengan curangnya telah menggunakan suatu dokumen cagaran berharga palsu sebagai tulen iaitu 28 keping cek CIMB berjumlah RM20,800.

Wanita itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Bank CIMB Taman Putra, Ampang, Public Bank, Taman Pandan Indah dan PI Auto Service Centre, No 75, Jalan 2M Pandan Industri, Ampang Jaya, di sini, antara Julai 2013 hingga Disember 2014.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 467 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene dan Noor Fadzlin Abd Zawawi tidak menawarkan sebarang jaminan dengan alasan kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Wanita itu, yang diwakili peguam Kelvinder Singh Sidhu, memohon mahkamah membenarkan jaminan dengan alasan tertuduh memberi kerjasama baik semasa siasatan polis dan tidak mempunyai kebarangkalian untuk melarikan diri.

“Tertuduh juga telah berkahwin dan mempunyai tiga anak berusia 10, 14 dan 16 tahun. Suaminya pula bekerja di pusat cuci kereta dengan pendapatan RM2,500 sebulan,” katanya.

Hakim Azrul Darus membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 untuk semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 April ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: mahkamahpecah amanah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd