• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peras Ugut Wang, Pemandu Uber Dihadap Ke Mahkamah

oleh Ahmad Albab
16/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang pemandu Uber sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pemerasan wang daripada anak lelaki kepada seorang paderi yang diculik pada 13 Februari lepas.

Lam Chang Nam, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azali Ibrahim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memeras ugut Jonathan Koh Szu Hao, 33, dengan meminta wang sebanyak RM30,000 dengan tujuan membebaskan ayah mangsa di Paradigm Mall, Kelana Jaya, di sini, kira-kira pukul 8.46 malam, 6 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin bagi mengelak mangsa diganggu dan menetapkan 26 April depan untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan paderi tersebut, Raymond Koh, 62, diculik sekumpulan lelaki bertopeng di Jalan SS4B/10, dekat sini, ketika dalam perjalanan untuk bertemu rakannya. – BERNAMA

Tags: kes mahkamahPemandu Uber
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd