• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lori Dihukum Gantung, Edar 2.7kg Kanabis

oleh Ahmad Albab
28/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar 2.7 kilogram kanabis tiga tahun lepas.

Wan Mohamad Lufti Jaafar, 35, turut dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dari tarikh ditangkap iaitu pada 26 Julai 2014 dan lima sebatan atas kesalahan memiliki 34 gram kanabis.

Dalam penghakimannya, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

“Berdasarkan keterangan pembelaan, ia berbentuk penafian semata-mata dan memindahkan kesalahan kepada orang lain yang tidak wujud,” katanya di akhir kes pembelaan.

Wan Mohamad Lufti didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di hadapan premis GD Express Sdn Bhd dekat Parit Buntar kira-kira 12.10 tengah malam, 26 Julai 2014.

Bagi kesalahan mengedar dadah, pendakwaan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Bapa kepada dua anak itu turut didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (1) akta sama kerana memiliki dadah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Jeffrey Ong manakala tertuduh diwakili peguam Khairil Azwar Khalil. – BERNAMA

Tags: Edar Dadahpemandu lori
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nasi Lemak Pondan Sedekah 100 Bungkus Setiap Jumaat

Next Post

Polis Masuk Kedutaan, Mayat Jong-nam Ke Korea Utara?

Related Posts

Nahas FRU: Pemandu Lori Didakwa 9 Pertuduhan Pandu Berbahaya

Nahas FRU: Pemandu Lori Didakwa 9 Pertuduhan Pandu Berbahaya

16/05/2025
0

TELUK INTAN: Pemandu lori membawa muatan batu yang terbabit kemalangan tragis sehingga meragut nyawa sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU)...

Pemandu Lori Terbabit Kemalangan 9 Anggota FRU Maut Direman 4 Hari

Pemandu Lori Terbabit Kemalangan 9 Anggota FRU Maut Direman 4 Hari

14/05/2025
0

Teluk Intan: Pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan maut mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) semalam direman selama empat...

Next Post

Polis Masuk Kedutaan, Mayat Jong-nam Ke Korea Utara?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd