• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Bas Ditikam Gara-Gara Tegah Merokok

oleh AK-47
23/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLIP rakaman seorang pemandu bas di China ditikam dua kali di kakinya menjadi sensasi di laman sesawang negara itu.

Daily Mail memetik laman tempatan memberitahu insiden itu berpunca daripada seorang penumpang yang berang apabila dia ditegur oleh pemandu bas berkenaan untuk tidak merokok di dalam pengangkutan awam tersebut.

Insiden itu berlaku pada 17 Mac lalu di bandar Wuhan wilayah Hubei dan mula menjadi tular beberapa hari selepas itu.

Lapor laman tempatan, suspek yang dikenali sebagai Zhang Weihua, 35 cuba untuk merokok di dalam bas yang di pandu Luo, 39.

Difahamkan Luo memberi amaran secara lisan kepada Weihua sebelum berhenti di satu stesen berdekatan Tienehu Avenue.

Menerusi kamera pengawasan di tempat duduk pemandu, menunjukkan Weihua menyerang Luo dengan menikam kaki kanannya menggunakan pisau lipat.

Pemandu Bas Ditikam Gara-Gara Tegah Merokok

Penumpang bas yang menyaksikan insiden itu bertindak melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa dan membawa Luo ke Hospital Union menggunakan teksi untuk mendapatkan rawatan.

Doktor mengesahkan terdapat dua kesan luka pada Luo; satu pada paha kanan dan satu di kaki kanannya.

Ibu Luo tiba hospital memberitahu pemberita bahawa anaknya telah bekerja sebagai pemandu bas selepas berhenti dari berkhidmat sebagai tentera pada 2009.

“Dia mempunyai personaliti yang baik dan saya tidak faham bagaimana ini boleh berlaku. Saya mengucapkan terima kasih kepada orang-orang awam yang sudi menghantarnya ke hospital,” katanya.

Pemandu Bas Ditikam Gara-Gara Tegah Merokok

Anggota polis cawangan Caidian, Biro Keselamatan Awam Wuhan berkata, suspek menghilangkan diri selepas melakukan serangan tersebut.

“Pihak kami terpaksa menemubual 200 kejiranan di kawasan kejadian dan berjaya menjejaki mangsa keesokan harinya,” katanya.

Weihua ditahan pada 18 Mac ketika sedang bekerja di sebuah kedai makan. Malah suspek difahamkan pernah memiliki rekod jenayah lampau mencederakan anggota badan dengan sengaja.

Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: basDITIKAMmerokok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

14/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, maut selepas dipercayai ditikam seorang...

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

Marah Ditegur Merokok Dalam Restoran, Lelaki Bergaduh Dengan Pasangan Suami Isteri

15/09/2025
0

SHAH ALAM: Seorang lelaki bertindak agresif dan mencetuskan pergaduhan selepas ditegur merokok di sebuah restoran di Seksyen 13, di sini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd