• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Kata Berita Duka Buat UMNO

oleh
16/03/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) menyambut baik pengumuman Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan menyertai Pakatan Harapan.

Ketuanya, Mohd. Sany Hamzan berkata, PAN sejak awal lagi telah mengajak pemimpin UMNO yang berpaling tadah itu untuk bersama dalam Pakatan Harapan bagi menumbangkan UMNO yang merupakan parti terbesar kaum Melayu.

“Pendirian terbaru PPBM ini adalah satu perkembangan yang sangat positif ke arah mengukuhkan kesatuan, kebersamaan dan kekuatan jentera keempat-empat parti.

“Kemasukan PPBM ke dalam Pakatan Harapan merupakan satu berita duka kepada BN,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mahathir semalam memaklumkan PPBM akan menyertai Pakatan Harapan dan beliau akan membuat beberapa pembaharuan ke atas Pakatan Harapan.

Ketua Pembangkang merangkap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bagaimanapun mengingatkan Mahathir Pakatan Harapan tetap memperjuangkan agenda reformasi yang diperkenalkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wan Azizah turut mengingatkan semua pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Harapan bahawa kemampuan pakatan pembangkang menyaingi UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum sebelum ini adalah kerana kepimpinan suaminya.

Pakatan Harapan ditubuhkan oleh DAP, PKR dan PAN selepas DAP dan PKR berjaya menyingkirkan PAS daripada pakatan pembangkang.

PAS disingkirkan kerana parti itu enggan tunduk kepada desakan DAP dan PKR dalam beberapa isu akidah Islam yang dikhuatiri boleh menjejaskan kepentingan politik pembangkang.

Mahathir pula keluar daripada UMNO dua tahun lalu dan menubuhkan PPBM kerana berdendam dengan kerajaan Persekutuan yang enggan memenuhi beberapa kepentingan peribadinya dalam urusan perniagaan dan politik. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PANPPBM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

Fahami Dendam Membara PPBM

30/01/2022
0

Tiada apa perlu dihairankan berhubung ugutan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap UMNO. Memang begitulah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd