• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Harapan Lebih Teruk Daripada BN – Abdul Hadi

oleh
27/03/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – PAS nampaknya sudah memutuskan untuk muktamad ‘jalan sendiri solo’ pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang, menurut portal tempatan AgendaDaily.

Ia susulan penegasan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Sabtu menerusi satu kenyataan pada lewat Sabtu yang menjelaskan bahawa partinya tidak akan menyertai Pakatan Harapan ataupun Barisan Nasional (BN).

Malah beliau secara berterus terang menganggap blok Pakatan Harapan diketuai DAP pada masa ini adalah lebih teruk daripada BN sendiri yang disertai 14 parti komponen diterajui UMNO.

“PAS tidak bersama Pakatan Harapan kerana bercanggah dengan dasar dan konsepnya. Di dalamnya ada parti dan pemimpin yang berterusan menentang Islam secara terbuka atau bersembunyi atau oportunis.

“PAS tidak boleh menyertai BN kerana pernah menyertainya dahulu dan terkini, memerintah negara dengan bebanan masalah dan penyakitnya, selain masih ada halangan terhadap dasar dan matlamat PAS.

“Menyertai BN laksana memikul seekor biawak hidup, walaupun sebahagian kalangan mereka yang mencipta masalah dalam BN itu sudah pun keluar dan menyertai pula Pakatan Harapan.

“Bahkan jika PAS berhasrat mahu menyertai Pakatan Harapan, biawaknya itu adalah lebih besar dan penyakitnya pula lebih parah daripada BN,” tegas Abdul Hadi lagi.

Pakatan Harapan yang menggantikan Pakatan Rakyat selepas dibubarkan DAP pada 2015, buat masa ini turut disertai PKR, PAN dan terbaharu PPBM iaitu serpihan UMNO.

Manakala PAS pula setelah dibuang pakatan itu kemudian membentuk blok Gagasan Sejahtera yang dianggotai Parti Ikatan Bangsa Malaysia dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa)

Menurut Abdul Hadi lagi, PAS tidak sedikit pun keliru dalam menentukan gerakan pendiriannya, selain tidak dalam dilema untuk memilih rakan politiknya atau disebut sebagai tahaluf siyasi.

“Banyak kalangan yang tanya sikap PAS antara memilih Pakatan Harapan atau BN, namun hanya pihak lain sahaja berdilema berkenaan PAS, menandakan PAS diminati semua,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Abdul Hadi Awangpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Kesihatan Melawat Abdul Hadi Di IJN

Menteri Kesihatan Melawat Abdul Hadi Di IJN

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) kini berada...

Kesihatan Abdul Hadi Merosot

Kesihatan Abdul Hadi Merosot

01/07/2023
0

Kuala Terengganu : Kesihatan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang merosot dan kini sedang dirawat di hospital. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd