• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Paderi Hilang: Pusat Bacaan Terpaksa Ditutup

oleh AK-47
08/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Susulan kehilangan paderi, Raymond Koh Keng Joo sejak tiga minggu lalu, sebuah pusat bacaan yang beroperasi di PJS3/48 Petaling Jaya di sini, terpaksa ditutup.

Sin Chew Daily melaporkan, pusat bacaan ‘Harapan Komuniti’ yang diasaskan oleh Raymond itu terpaksa ditutup bulan ini kerana kekurangan dana.

Kakitangan pusat itu yang dikenali sebagai Sri Ram berkata, operasi pusat bacaan itu adalah berdasarkan sumbangan orang ramai dan dana yang di kutip oleh Raymond.

Menurutnya, Raymond merupakan ketua agama di pusat berkenaan akan datang sebanyak tiga kali sebulan dan berbual dengan remaja serta kanak-kanak yang datang ke pusat tersebut.

Raymond diculik sekumpulan lelaki bertopeng pada pagi 13 Februari lalu di Jalan SS4B/10, kurang 100 meter dari Kompleks Perumahan Polis di Kelana Jaya ketika dalam perjalanan untuk bertemu rakannya.

Video insiden itu berjaya dirakam kamera litar tertutup dengan memaparkan kereta jenis Honda Accord yang dinaiki Raymond dikepung beberapa kenderaan SUV hitam yang dinaiki lelaki bertopeng pada waktu siang.

Penculikan Raymond dikatakan penculikan terancang apabila video insiden tersebut menjadi tular di media sosial.

Bimbang dengan keadaan Raymond, keluarganya menawarkan RM100,000 kepada orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai kehilangan paderi berkenaan.

Namun, sehingga kini, tiada yang tampil memberikan atau berkongsi maklumat mereka. – MYNEWSHUB.CC

Tags: HILANGkes culikPaderipetaling jayaramond koh keng joo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja Britain Hilang Selepas Datang Ke Malaysia Secara ‘Senyap-senyap’

Remaja Britain Hilang Selepas Datang Ke Malaysia Secara ‘Senyap-senyap’

09/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang remaja Britain berusia 17 tahun dilaporkan hilang oleh keluarganya selepas dipercayai menaiki penerbangan dari negara itu ke...

Warga British Disedari Hilang Berkunjung Ke Kelab Di Bangsar

Warga British Disedari Hilang Berkunjung Ke Kelab Di Bangsar

02/06/2025
0

Kuala Lumpur: Pengembara solo warga British dikhuatiri hilang apabila gagal dikesan selepas berkunjung ke sebuah kelab di Bangsar, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd