• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Ramai Jangan Ceroboh Kawasan Istana

oleh AK-47
23/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis Johor hari ini menasihati orang ramai yang mempunyai niat dan agenda tertentu supaya tidak sewenang-wenangnya memasuki kawasan istana tanpa kebenaran untuk mengelakkan dikenakan tindakan.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, kawasan istana adalah kawasan larangan yang tertakluk di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

“Mana-mana orang yang melakukan kesalahan atau melanggar akta tersebut seperti yang diperuntukan di bawah Seksyen 7 akta yang sama boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kejadian seorang lelaki berusia 28 tahun yang dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Isnin lepas atas kesalahan menceroboh dan cuba membakar Istana Besar Johor Bahru.

Susulan kejadian itu, katanya, polis Johor sedang menjalankan siasatan lanjut dan terperinci untuk mengesan dalang yang mempergunakan orang-orang yang mempunyai masalah mental untuk melakukan pencerobohan dan akan membawa mereka ke muka pengadilan.

Difahamkan, dalam kejadian pada pukul 11.45 malam itu, Jumaat lepas, lelaki tersebut yang berasal dari Felda Palong Timur, Segamat bertindak menunggang motosikal sebelum memasuki kawasan istana.

Menurut sumber, lelaki tersebut kemudian berhenti di simpang tiga berhadapan Pos C (pos tetap kawasan Istana Besar) sebelum membaling bom petrol ke arah pintu istana. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohdistana
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

Banduan Tidak Seharus Dijemput Ke Istana, Kata Dr Mahathir

16/06/2022
0

Kehadiran bekas perdana menteri Najib Razak ke sebuah majlis di istana baru-baru ini dilihat sebagai tidak betul dan tidak molek....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd