• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

OKU Gembira Terima Kunjungan Najib Di Bachok

oleh Ahmad Albab
13/03/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak menyangka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudi mengunjungi rumahnya yang usang sambil menziarahi ibunya yang terlantar sakit di sini, hari ini.

Hasana Osman, 52, yang buta kedua-dua belah matanya sejak kecil, amat gembira kerana Najib meluangkan masa menziarahi ibunya Mek Nab Awang, 72, yang sakit akibat serangan angin ahmar sejak 10 tahun lepas.

“Saya amat bergembira dan bersyukur menerima kunjungan perdana menteri yang sememangnya tidak disangka langsung,” katanya kepada Bernama di rumahnya di Chabang Tiga Melawi.

Najib dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Kelantan sejak semalam.

Hasana turut berterima kasih kepada perdana menteri kerana meluluskan peruntukan sebanyak RM56,000 untuk membina sebuah rumah baharu bagi menggantikan rumah usang pusaka keluarganya.

“Selama ini, saya hanya mengenali perdana menteri dengan mendengar nama beliau di radio sahaja,” katanya.

Selain itu, kemampuan Hasana menjaga ibunya termasuk memandi, memasak dan merawat secara sendirian dalam keadaan tanpa penglihatan turut menarik perhatian Najib.

Hasana berkata beliau terpaksa menjual aiskrim setiap hari bagi menyara ibunya dan seorang adik lelaki, Ruslin, kerana bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM200 sebulan tidak mencukupi.

Selain itu, beliau juga menerima tempahan membuat kek dan nasi dagang pada musim perayaan.

Selain melawat keluarga Hasana, Najib turut mengunjungi dua lagi keluarga miskin di Bachok sebelum merasmikan program Jom Bantu Rakyat dan majlis pecah tanah tapak Hospital Bachok bernilai RM140 juta di Kampung Bator di sini.

Mat Hassan Mohamed, 69, dan Rohana Che Ali, 52, kedua-duanya dari Kampung Chabang Tiga Bator, mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri kerana memberi bantuan membina rumah baharu untuk mereka. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakOKU
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Berpeluk Dalam Filem, Emma Maembong Jawab Tohmahan

Next Post

3 Cara Berkesan Tangani Isu Babitkan Kepentingan Rakyat

Related Posts

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

09/03/2025
0

Padang Besar: Pemandu kereta Honda Civic yang disyaki memandu dengan laju sehingga merempuh motosikal dinaiki veteran komando tentera dan anaknya di Jalan...

Penebar Roti Canai Rogol OKU Dijel 15 Tahun, 8 Sebatan

Penebar Roti Canai Rogol OKU Dijel 15 Tahun, 8 Sebatan

22/01/2025
0

Muar : "Banyak benda saya kena tanggung di luar sana, saya merayu sangat mahkamah ringankan hukuman terhadap saya." IKUTI CHANNEL...

Next Post

3 Cara Berkesan Tangani Isu Babitkan Kepentingan Rakyat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd