• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasi Lemak Gay Gulung Tikar Sementara?

oleh Ahmad Albab
30/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETIKA kontroversi Nasi Lemak Pondan belum pun reda, kini muncul pula Nasi Lemak Gay, sehingga menjadi tular dan bualan netizen menerusi media sosial.

Malahan, pengusaha Nasi Lemak Gay di ibu negara ini mengakui berdepan situasi sukar sejak hari pertama nama itu digunakan untuk mempromosi jualannya.

Susulan itu, operasi gerai berkenaan terpaksa dihentikan sementara selepas menerima pelbagai reaksi dan kecaman.

Pengusahanya, Adi Yusuf, 33, berkata, dia tidak menyangka nama Nasi Lemak Gay yang digunakan untuk perniagaannya sekelip mata mencetuskan kekecohan.

“Saya berniaga nasi lemak di situ sejak akhir Januari lalu. Hanya baharu semalam (Selasa) saya pasang ‘banner’ (gegantung) dengan nama Nasi Lemak Gay.

“Saya tak sangka ia kecoh satu Malaysia. Saya terus kena kecam. Kuasa media sosial sangat menakutkan.

“Saya ambil keputusan untuk berhenti berniaga buat sementara selepas menerima banyak kecaman. Saya tunggu ia reda dahulu,” katanya kepada mStar Online.

Baca: Lepas Pondan, Kini Nasi Lemak Gay Pula

Nasi Lemak Gay Gulung Tikar Sementara?

Adi bagaimanapun tampil menjelaskan bahawa Nasi Lemak Gay bukanlah bermaksud lelaki gay atau homoseksual, sebaliknya ia adalah singkatan kepada Gerai Adi Yusuf.

“Saya memang tak terfikir pasal nama itu akan mengundang pelbagai reaksi kerana ia adalah singkatan kepada Gerai Adi Yusuf, nama saya sendiri.

“Saya bukan letak nama Nasi Lemak Gayboy pun. Saya tak sangka masyarakat terus hina saya dan menjatuhkan hukum tanpa usul periksa,” ujar Adi dengan nada kesal.

Nasi Lemak Gay yang beroperasi pada setiap pagi di Taman Segar, Cheras itu menjual nasi lemak biasa pada harga RM2, nasi lemak kerang (RM4) dan nasi lemak ayam (RM5).

Turut dijual adalah beberapa makanan untuk sarapan pagi seperti bihun goreng, mi goreng, kueh teow goreng dan pelbagai jenis kuih.

Selain Nasi Lemak Gay dan Nasi Lemak Pondan, terdapat beberapa gerai nasi lemak yang menggunakan nama lain daripada yang lain sebagai strategi memancing pembeli seperti Nasi Lemak Anak Dara dan Nasi Lemak Spiderman. – mStar Online

Tags: gaynasi lemak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahal Sangat Ke Nasi Lemak RM3 Sebungkus?

Mahal Sangat Ke Nasi Lemak RM3 Sebungkus?

24/12/2025
0

Soalan ini nampak remeh, tetapi sebenarnya mencerminkan sikap kita sebagai pengguna. Dalam keadaan kos hidup yang semakin meningkat, harga nasi...

Pasangan Gay Dicambuk 76 Kali Di Banda Aceh Selepas Ditangkap Di Tandas Awam

Pasangan Gay Dicambuk 76 Kali Di Banda Aceh Selepas Ditangkap Di Tandas Awam

05/12/2025
0

BANDA ACEH – Dua lelaki yang didakwa sebagai pasangan gay menerima hukuman 76 kali sebatan syariah selepas ditangkap ketika melakukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd