• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mutu Permainan T-Team Perlu Ditingkatkan

oleh AK-47
02/03/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Pasukan T-Team masih perlu memperbaiki mutu permainan meskipun terdapat peningkatan prestasi berbanding aksi sebelum ini, kata ketua jurulatih Rahmad Darwaman.

Beliau berkata pada perlawanan semalam, aksi ditampilkan pemain menunjukkan peningkatan dan kesemua posisi dapat berfungsi dengan baik, namun nasib kurang menyebelahi mereka untuk menjaringkan gol walaupun mempunyai beberapa peluang.

“Dari segi motivasi, kerjasama dan kombinasi yang ditunjukkan semuanya menunjukkan perkembangan positif.

“Jadi pemain perlu mengekalkan fokus dan momentum untuk setiap perlawanan selepas ini,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan menentang pasukan Felda United, di sini, malam tadi.

Pada perlawanan itu menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa berkongsi satu mata selepas seri tanpa jaringan.

Rahmad berkata pada perlawanan itu walaupun anak buahnya cuba memberi tekanan terhadap pasukan pelawat yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain, gawang pasukan Felda United masih gagal dibolosi.

Justeru, katanya pemain perlu bijak menghidu peluang untuk menjaringkan gol pada perlawanan akan datang. – BERNAMA

Tags: bola sepakjurulatihRahmad Darwaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 4 Pemain Dikenakan Bon Jaga Keamanan 6 Bulan

Gaduh Ketika Perlawanan Bola Sepak: 4 Pemain Dikenakan Bon Jaga Keamanan 6 Bulan

14/08/2025
0

TELUK INTAN: Empat lelaki dikenakan bon menjaga keamanan selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana bergaduh...

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

24/02/2025
2

•⁠  ⁠Kerajaan menyediakan RM30 juta, termasuk RM15 juta dari pihak swasta, untuk pembangunan Harimau Malaya di semua peringkat dan kejohanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd