• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mustapa Nafi Pertemuan Sulit Dengan Ahmad

oleh Ahmad Albab
19/03/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan beliau pernah mengadakan pertemuan sulit dengan Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yaakob berhubung agihan kerusi untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mustapa, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan berkata perkara itu adalah tidak benar dan tidak berasas kerana BN tetap dengan keputusan untuk merampas negeri itu daripada tangan PAS.

“Saya tidak pernah bincang perkara ini dengan mana-mana pihak lebih-lebih lagi dengan Menteri Besar (Ahmad). Kita (cuma) kerjasama dalam hal tertentu seperti banjir, pelaburan dan hal berkaitan faedah untuk rakyat Kelantan.

“(Cita-cita untuk menawan Kelantan) masih sama…tiada perubahan. Kami berjuang untuk mengambil alih kerajaan negeri Kelantan (dari pimpinan PAS).

“Anak buah saya cukup bersemangat dan Insya Allah kita akan teruskan usaha dan kerja keras untuk pastikan penantian begitu lama akan menjadi kenyataan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Pertandingan Pidato Piala YB Tok Pa anjuran persatuan Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Hadir sama Presiden HIMSAK Datuk Mohd Faizal Daud dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK Prof Madya Abdul Aziz Ab Latif.

Pertandingan pidato selama tiga hari itu bermula Jumaat lepas dan berakhir hari ini disertai 83 pemidato dari kalangan pelajar universiti, sekolah dan orang awam.

Sebelum ini, dakwaan bahawa Mustapa mengadakan pertemuan sulit dengan Ahmad bagi membincangkan kerjasama berkenaan tular di laman sosial.

Mustapa bagaimanapun tidak menolak kemungkinan ia akan berlaku pada masa depan kerana keadaan politik yang sentiasa berubah-ubah.

“(Presiden UMNO) Datuk Seri Najib Tun Razak kata dalam politik kita tak boleh ramalkan apa yang akan berlaku, tidak ada ketentuan,” katanya.

Dalam masa yang sama, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri tidak menolak kemungkinan menubuhkan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bayangan daripada BN selepas ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mustapa Keluar UMNO Warnai Politik Kelantan

29/12/2018
0

KOTA BHARU - Keputusan Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar dari UMNO setelah lebih 40 tahun bersama parti itu adalah antara...

Tok Pa Jalani Pembedahan Buang Batu Karang

16/11/2018
0

JELI - Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini akan menjalani rawatan pembedahan membuang batu karang, kata Pembantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd