• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Musang King Udah Luruh Di Raub, Datang Lah

oleh Ahmad Albab
14/03/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Mereka yang berminat untuk menikmati durian Musang King boleh datang ke Raub kerana ia sudah mulai luruh sekarang.

Musang King akan berbuah selama lima bulan hingga Ogos ini di Raub, kata Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Hasan Jusoh.

Beliau berkata musim gugur Musang King telah bermula awal bulan ini manakala durian kampung dijangka akan mulai luruh tidak lama lagi.

“Minggu lalu harga ladang Musang King ialah RM38 sekilogram, menurun daripada RM50 sekilogram sebelumnya memandangkan bekalan buah yang semakin meningkat.

“Bagaimanapun harga runcitnya ialah sekitar RM50 hingga RM60 sekilogram bergantung kepada keadaan seperti keadaan buah, tempoh buah disimpan dan kawasan jualan,” katanya kepada Bernama.

Hasan berkata pengusaha Musang King lebih selesa menjual sendiri buah itu dan akan merujuk kepada FAMA jika berhasrat untuk mengeksport ke negara luar seperti Singapura dan Brunei yang memberi sambutan luar biasa kepada buah itu.

Beliau menambah selain buah segar, turut mendapat permintaan ialah isi durian sejuk beku yang boleh bertahan sehingga enam bulan dan tempoyak yang diperbuat daripada isi Musang King.

“Tempoyak yang diperbuat daripada isi Musang King mendapat permintaan tinggi kerana rasanya yang lebih sedap. Pada kebiasaannya dijual pada harga RM60 sekilogram dan dijual dalam dua paket menjadikan harga jualannya RM120,” kata Hasan.

Beliau berkata musim luruh Musang King di Raub mendahului durian di kawasan lain kerana faktor geografinya yang berbukit-bukau dan kedudukannya di banjaran Titiwangsa beserta kesesuaian tanah.

Beliau menasihatkan pembeli untuk memeriksa durian yang dibeli dengan sewajarnya bagi memastikan harga yang dibayar adalah berpadanan dengan buah yang diperoleh.

“Musang King boleh dibezakan dengan tapak durinya yang lebih lebar dan tajam berbanding durian lain dan mempunyai tanda tersendiri iaitu tanda seperti
tapak sulaiman di bawah buahnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: DURIANMusang King
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Ratusan Durian Muda Gugur, Rosak Angkara Kera

05/06/2022
0

LIPIS: Beberapa pekebun kawasan projek tanaman berkelompok kerugian apabila ratusan buah durian muda dan hampir masak musnah angkara kawanan kera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd