• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Dijangka Bebas Malaria Menjelang 2020

oleh AK-47
21/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Malaysia dijangka mencapai status negara bebas wabak malaria pada 2020 berikutan usaha berterusan Kementerian Kesihatan melaksanakan pelbagai langkah membendung penyakit itu.

Parasitologi Perubatan, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Fong Mun Yik berkata antara usaha Kementerian Kesihatan bagi mendapatkan status bebas malaria oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu melibatkan pemberian vaksin dan mengadakan pelbagai kempen kesedaran.

“Hasil insiatif bersifat proaktif ini kita dapat lihat berlakunya trend penurunan kes jangkitan wabak malaria di Malaysia secara konsisten sejak tahun 2001 hingga 2016.

“Kepantasan kementerian dan badan berkaitan dalam memberi tindak balas terhadap setiap laporan jangkitan malaria juga membuktikan kesungguhan kerajaan untuk mencapai status ‘negara hijau’ iaitu bebas malaria,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menjadi panel penceramah pada Seminar Persatuan Genetik Malaysia 2017 di Universiti Putra Malaysia di sini hari ini.

Dr Fong berkata wabak malaria boleh dibahagikan kepada dua cara jangkitan iaitu daripada manusia kepada manusia dan daripada haiwan kepada manusia.

“Jangkitan menerusi manusia atau ‘urban malaria’ biasanya berlaku di kawasan bandar daripada bawaan golongan pekerja dan pelajar luar negara yang tidak mendapatkan perlindungan vaksin.

“Bawaan haiwan pula berlaku di kawasan luar bandar melalui kera dan monyet yang menjadi ‘perumah takungan’ atau pembawa penyakit ini, sebelum menjangkiti manusia berhampiran mereka menerusi gigitan nyamuk,” katanya.

Antara spesies yang merupakan pembawa wabak jangkitan malaria ialah kera ekor panjang, beruk dan Silverleaf monkey. – BERNAMA

Tags: malaria
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Malaria Zoonotik Ancaman Baharu Malaysia

25/04/2022
0

KUALA LUMPUR : Malaysia sedang menghadapi ancaman baharu yang serius dalam jangkitan malaria iaitu peningkatan jangkitan malaria zoonotik. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram...

Pekerja Warga Asing Disyaki Punca Kes Malaria Di Ampang

27/06/2020
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesyaki kes malaria membabitkan 14 individu termasuk seorang warga tempatan di Ampang, Selangor, berpunca...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd