• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

M’sia Di Tempat Kedua Bagi Perlindungan IP Di ASEAN

oleh AK-47
21/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia berada di kedudukan kedua dalam ASEAN dan ke-19 di dunia dari segi perlindungan Harta Intelek (IP) dalam Indeks IP Antarabangsa terkini oleh US Chamber.

Indeks tersebut mengukur tahap perlindungan harta intelek dalam sesebuah negara berdasarkan 35 petunjuk dan diberi tanda aras dalam piawaian IP dalam 45 ekonomi global yang meliputi kira-kira 90 peratus daripada keluaran dalam negara kasar dunia.

Indeks, edisi kelima yang dikeluarkan pada bulan lepas itu meletakkan Malaysia di belakang Singapura tetapi mendahului Brunei, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam.

“Malaysia sentiasa komited bagi meningkatkan persekitaran IP untuk menjadi lebih berdaya saing pada peringkat serantau dan global.

“Walaupun kedudukan Malaysia perlu diiktiraf secara positif, sektor kerajaan dan swasta perlu berusaha bagi meningkatkan kedudukan IP dalam tahun yang akan datang,” kata Presiden Pertubuhan Harta Intelek ASEAN (ASEAN IPA), Chew Phye Keat dalam satu kenyataan hari ini.

ASEAN IPA, sebuah pertubuhan yang berasaskan sektor swasta dengan status pertubuhan bukan kerajaan ASEAN, ditubuhkan bagi menyokong perlindungan IP di rantau ini, memuji usaha dan kemajuan IP di Malaysia.

Perlindungan ke atas hak IP dan inovasi adalah kunci untuk menjadikan Malaysia lebih menarik kepada pelabur asing.

“Kerajaan Malaysia dengan pelbagai agensi, benar-benar memahami kepentingan perlindungan IP dan setakat ini, sentiasa membuktikan kata-kata mereka,”
katanya.

Juga patut diberi perhatian adalah pembentukan Khazanah Harta Intelek Malaysia, sebuah repositori pusat bagi memudahkan dan menggalakkan pengkomersilan.

Ini dibuat seiring dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), bagi membangunkan pelbagai inisiatif untuk memperkemaskan proses pendaftaran dan permohonan cap dagangan.

Hasilnya, permohonan cap dagangan telah meningkat dalam dekad yang lalu, naik daripada 25,894 pada 2007 kepada 39,107 dalam tahun lepas, pendaftaran juga
menokok daripada 25,490 kepada 32,806 dalam tempoh yang sama.

Sementara itu, Chew berkata Indeks IP tahun ini memberi penekanan kepada isu diskriminasi dan sekatan ke atas penggunaan jenama dalam pembungkusan produk yang berbeza.

US Chamber of Commerce dalam laporan “Penciptaan Langkah-langkah Kontemporari Global bagi Pemalsuan Fizikal 2016” memberi amaran kesan pembungkusan tanpa sebarang cap dagang akan memberi peluang kepada kemunculan aktiviti pemalsuan.

“Dalam ketiadaan jenama dan cap dagang sebagai satu bentuk perbezaan produk, pemalsuan akan menjadi lebih mudah dan pengguna akan lebih cenderung untuk akhirnya membeli dan menggunakan produk-produk ini,” kata Chew.

Katanya, usaha kerajaan Malaysia bagi membendung aktiviti dan pendekatan holistik yang berterusan, yang merangkumi perlindungan cap dagangan serta penguatkuasaan yang berkesan, akan menjadi kunci dalam meningkatkan lagi kedudukan IP Malaysia dan reputasinya di dunia. – BERNAMA

Tags: Indeks IP Antarabangsa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd