• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MOSTI: Standard Baharu Pengujian DNA Khinzir

oleh Ahmad Albab
26/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berjaya membangunkan standard baharu pengujian asid deoksiribonukleik (DNA) khinzir (porcine).

Menterinya Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata standard yang dibangunkan Jabatan Standard Malaysia itu dikenali sebagai MS 2627:2017 Pengesanan DNA porcine – kaedah ujian – makanan dan produk makanan.

Beliau berkata standard itu akan memberi keyakinan kepada rakyat terhadap ujian makmal yang dijalankan untuk memastikan produk bebas daripada DNA khinzir dan dapat digunakan tanpa was-was.

“Standard ini dibangunkan untuk menyeragamkan kaedah pengujian DNA khinzir yang sebelum ini menggunakan kaedah analisis, peralatan dan pelaksanaan juruanalisis yang berbeza bagi setiap makmal,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, standard baharu itu dapat membantu agensi berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam menyediakan panduan yang jelas kepada makmal-makmal yang menjalankan analisis DNA.

Makmal terbabit adalah Jabatan Kimia Malaysia, Makmal Kesihatan Awam, Institut Penyelidikan Produk Halal, universiti, makmal swasta dan syarikat pengeluar makanan.

Madius berkata, dengan adanya standard itu, ia dapat mengukuhkan kredibiliti dan kompetensi makmal pengujian yang menjalankan analisis DNA khinzir.

Katanya standard itu dibangunkan ekoran beberapa isu membabitkan produk yang diragui status halalnya termasuk kes coklat Cadbury.

“Keputusan pengujian yang berbeza dalam kes coklat Cadbury telah membangkitkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat terhadap pengeluaran sijil halal,” katanya.

Selain standard tersebut, Madius berkata MOSTI turut meluluskan tiga lagi Malaysian Standards (MS) baharu dan enam MS yang disemak semula pada bulan ini.

Menurutnya sehingga kini, terdapat 5,258 MS yang merentasi pelbagai sektor industri yang telah dibangunkan MOSTI melalui Jabatan Standard Malaysia. – BERNAMA

Tags: DNAMosti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DNA: Sah Itu Mayat Farah Kartini

DNA: Sah Itu Mayat Farah Kartini

18/07/2024
2

SUNGAI BULOH : Polis mengesahkan wanita ditemukan mati dipercayai dibunuh di ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor, Selasa...

MOSTI Diberi Tempoh 2 Minggu Siapkan Akses Penuntut IPT – PM

MOSTI Diberi Tempoh 2 Minggu Siapkan Akses Penuntut IPT – PM

10/05/2024
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tempoh dua minggu kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menyiapkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd