• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohon Percepat Pembinaan Terowong Ke Bukit Merah

oleh AK-47
07/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan negeri Perak berharap kerajaan persekutuan dapat mempercepatkan pembinaan terowong dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah kira-kira 85 kilometer dari sini untuk memastikan paras empangan sentiasa dalam keadaan normal.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata jika direalisasikan, terowong berkenaan dapat memastikan air di kawasan Bukit Merah sentiasa mencukupi untuk kegunaan penduduk dan penanaman padi di sekitar Kerian.

Katanya terowong khas itu juga penting untuk kegunaan perindustrian di kawasan sekitar Kamunting.

“Empangan Bukit Merah berada di bawah Jawatankuasa Pengurusan Sumber Air, maka saya harap pembinaannya dapat disegerakan bagi menyelesaikan masalah bekalan air,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Lembaga Air Perak (LAP) di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Zambry menegaskan pengurusan air di Perak tidak pernah diuruskan oleh syarikat lain, sebaliknya dikendalikan sepenuhnya oleh LAP.

“Saya ingin nyatakan bahawa kita tidak ada kaitan dengan mana-mana syarikat air kerana sumber air Perak diuruskan sendiri oleh kerajaan negeri melalui LAP,” katanya.

Ditanya mengenai kes kecurian air, Zambry berkata perkara itu masih berlaku antara lain disebabkan Perak merupakan negeri yang besar selain mempunyai saluran air hingga mencecah ratusan kilometer berbanding negeri lain. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadirterowong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd