• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Minta Penerima BR1M Gagal Isi Borang Penyata

oleh Ahmad Albab
13/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Kedah yang gagal menerima bantuan itu pada kali ini disebabkan pernah mendaftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) diharap tidak panik.

Kerajaan tetap akan menyalurkan bantuan tersebut jika benar-benar mereka layak, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Apa yang perlu dilakukan ialah menunggu tempoh rayuan yang bermula 3 April ini untuk mengemukakan penyata pendapatan perniagaan atau penyata akaun bank yang berkaitan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), katanya.

“Penyata yang dikemukakan itu penting bagi membuktikan pendapatan mereka terkini seterusnya jika mereka layak kerajaan tiada masalah untuk menyalurkan bantuan itu,” katanya selepas Majlis Penyerahan BR1M di Pejabat Daerah Kota Setar di sini hari ini.

Seramai 3,509 orang penerima dari parlimen Alor Setar dan Kuala Kedah menerima bantuan tersebut hari ini.

Sementara itu, seorang penerima, Harun Hanafi, 67, berkata walaupun mengalami penyakit kebas kaki hingga tidak boleh berjalan, beliau tetap datang menaiki kerusi roda semata-mata untuk menerima bantuan ini.

“Saya ajak anak saya datang juga sebab nak guna duit. Bantuan RM450 tu saya akan gunakan untuk beli ubat sambil beli barang keperluan dapur sikit.

Alhamdulillah kerajaan tahu kepayahan kami ini,” katanya.

Mohd Mazlan Abdullah, 27, berkata beliau akan menggunakan wang itu untuk membeli baju dan seluar baharu yang sudah lama tidak bertukar. – BERNAMA

Tags: Ahmad Bashah Md HanipahBR1M
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sebanyak 400 Unit Rumah PPR Akan Dibina Di Dengkil

Next Post

Kerjasama Erat Persekutuan Manfaatkan Sabah

Related Posts

Najib Berhak Mentadbir Malaysia Lagi Sekali

15/12/2020
0

INGAT Klinik Rakyat 1Malaysia pun dah cukup la… Itu baru satu contoh betapa Najib dahulu amat pentingkan kebajikan rakyat…. Cuma...

Lebih Baik BR1M Daripada PSP ‘RM1 Sehari’

08/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Pemberian Program Subsidi Petrol (PSP) dilancarkan kerajaan semalam memperuntukkan RM1 sehari kepada penerimanya membuktikan kerajaan Pakatan Harapan...

Next Post

Kerjasama Erat Persekutuan Manfaatkan Sabah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd