• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Perak Nafi Tawar Pakej Haji RM40,000

oleh
27/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir hari ini menafikan pejabatnya menyediakan pakej haji bernilai RM39,500 seperti ditularkan di aplikasi WhatsApp baru-baru ini.

Zambry berkata, beliau terkejut apabila dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan mengenai perkara tersebut dan menganggap mesej itu disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Nasihat saya, sila berhati-hati kerana saya sendiri tidak pernah membenarkan mana-mana pihak menggunakan sebarang pakej yang berkaitan dengan Pejabat Menteri Besar untuk menunaikan haji.

“Jangan mudah terpedaya kerana mesej ini memberi gambaran yang boleh memesongkan dan seolah-olah ia ada kaitan dengan diri saya pula,” tegas beliau lagi ketika ditemui pemberita.

Terdahulu Zambry yang juga ADUN Pangkor hadir mendengar taklimat mengenai pelbagai projek pembangunan Pulau Pangkor oleh pihak Jabatan Kerja Raya di sini hari ini.

Mesej yang menggunakan nama ‘Sahabat Pejabat Menteri Besar Perak’ itu menjadi tular sejak beberapa hari lalu dengan menawarkan pakej selama 28 hingga 30 hari berharga RM39,500.

Ia termasuk kononnya setiap bakal jemaah haji itu juga akan diberi penginapan selesa di pebagai hotel yang bertaraf lima bintang di sekitar kota suci Makkah dan Madinah.

Dalam perkembangan lain, Zambry berkata padang sintetik yang dibina di Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkor sejak tiga tahun lalu dijangka dapat digunakan mulai April ini.

Beliau malah berkata lampu limpah juga akan dipasang di kawasan sekitar bagi memastikan padang sintetik pertama di daerah Manjung itu dapat digunakan pada waktu malam.

Katanya Kementerian Belia dan Sukan telah memperuntukkan RM2.2 juta untuk membina padang bagi kegunaan sekolah dan masyarakat Pangkor atau sebarang acara kerajaan seperti sukan. – Bernama/HAA

Tags: Zambry Abdul Kadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

20/04/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, bersetuju moratorium pelawaan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) Swaakreditasi dilaksanakan bagi...

Zambry Dilantik Setiausaha Agung BN Baharu

09/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd