• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Wanita Tanpa Dokumen Ditemui Lemas

oleh Ahmad Albab
14/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Mayat seorang wanita lengkap berpakaian dan bahagian muka bertutup dengan kain ditemui terapung di sungai bersebelahan Kondominium Putra Place, Queensbay dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Anuar Omar berkata polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan terdapat mayat terapung di sungai itu kira-kira 1.30 tengah tadi.

“Sepasukan polis dengan bantuan bomba ke tempat kejadian berjaya membawa naik mayat itu ke darat dan pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang dokumen bersamanya,” kata beliau di sini hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan di badan mayat itu dan dipercayai mangsa yang berusia lingkungan 50-an telah mati tidak sampai 24 jam.

Katanya mayat dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.

Anuar turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penemuan mayat itu atau kehilangan anggota keluarga agar menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Chong, 40-an, berkata beliau berada tidak jauh dari sungai itu sebelum seorang lelaki memanggilnya memaklumkan terdapat mayat terapung dan dia terus ke situ untuk melihat dengan lebih dekat.

“Mula-mula lelaki itu ingat sampah tetapi selepas dia tengok dan amati, rupa-rupanya mayat seorang wanita. Kami terus hubungi polis,” katanya. – BERNAMA

Tags: mati lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isteri Mimpi Suami ‘Minta Tolong Bawa Naik’

30/03/2021
0

KUALA BERANG - "Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik....

Budak 2 Tahun Mati Lemas Dalam Besen Rumah Pengasuh

03/03/2021
0

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lemas dalam besen di rumah pengasuhnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd