Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Tak Perlu Nasihat Kabinet,...

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata Jawatankuasa Khas Parlimen Melantik...

Amyza Aznan ‘Meluat’ Aliff...

SELEPAS menghasilkan single bertajuk Abang Nak Tegur, kini usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri...

Tips: Anda Mahu Tahu...

Mungkin malang tidak berbau, bagaimanakah jika sesuatu kemalangan telah berlaku kepada anda?Pasti anda mahupun...

KEDA Peruntuk RM6.4 Juta...

KUALA NERANG : Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM6.4 juta bagi membantu...

Malindo Mula Penerbangan Ke Brisbane 31 Mac

KUALA LUMPUR – Malindo Air akan memulakan penerbangan ke Brisbane, Australia mulai 31 Mac.

Menurut syarikat penerbangan itu dalam kenyataan hari ini, perkhidmatan yang disediakan setiap hari itu merupakan laluan keduanya ke Australia selepas Perth, dan tempahan kini dibuka.

Katanya tambang promosi bagi perjalanan sehala untuk laluan Brisbane bermula dari RM1,049 untuk kelas ekonomi dan RM2,369 untuk kelas perniagaan.

Tambang tersebut adalah termasuk semua dengan faedah seperti elaun bagasi percuma, hiburan dalam penerbangan dan makanan.

Penerbangan OD157 akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setiap hari pada 6.05 petang ke Brisbane melalui Denpasar, Bali (Indonesia), dan tiba pada 9.10 malam.

Penerbangan tersebut kemudiannya berlepas dari Denpasar pada 10.00 malam dan tiba di Brisbane pada 5.40 pagi.


Penerbangan pulang OD158 berlepas dari Brisbane pada 7.15 pagi, tiba di Denpasar pada 11.45 pagi, berlepas pada 12.45 tengah hari dan tiba di KLIA pada 3.45 petang.

“Terdapat peluang yang luas bagi pertumbuhan akan datang berkaitan dengan laluan baharu ini berikutan Brisbane merupakan hab perniagaan komersial yang penting dan pintu masuk pelancongan.

“Sudah tentu, kami akan berusaha untuk membina hubungan yang baik dengan penggiat pelancongan Malaysia dan Australia serta pihak berkuasa Brisbane Airport, untuk memastikan kejayaan laluan baharu ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy.

Pesawat Boeing 737-900ER, dengan kapasiti 180 tempat duduk, 12 kelas perniagaan dan 168 kelas ekonomi, akan digunakan bagi laluan ini. – BERNAMA

Kategori