• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Perlu Perkukuh Sistem Pertahanan

oleh AK-47
23/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Perkembangan teknologi pertahanan terkini mewajarkan Malaysia menilai semula keupayaan sistem pertahanannya bagi tujuan pemantapan, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Titah baginda keupayaan menyeluruh mencakupi pelbagai dimensi penugasan termasuk kesedaran medan tempur, teknologi maklumat dan peperangan siber akan meletakkan Malaysia setanding negara maju.

“Pameran Aeroangkasa dan Maritim 2017 edisi ke-14 (LIMA’17) yang bermula Selasa hingga Sabtu ini boleh dijadikan ukuran dan perbandingan kekuatan serta keupayaan (pertahanan) kita dengan negara lain.

“Justeru LIMA’17 adalah medan terbaik untuk kita memilih sistem persenjataan yang sesuai dengan keperluan negara,” titah baginda selepas berkenan berangkat mengunjungi LIMA 2017 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, di sini hari ini.

Turut berangkat ke pameran itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda baginda berdua. Keluarga Diraja itu menghabiskan lebih lima jam melihat pameran dan pertunjukan udara

Tuanku Syed Faizuddin juga berkenan menerima mengadap Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang mempersembahkan taklimat mengenai LIMA’17 kepada baginda berdua.

Baginda bertitah peralatan canggih dan moden merupakan keperluan penting sistem pertahanan sesebuah negara khususnya untuk meningkatkan keberkesanan ISR&T (Risikan, Pemantauan, Tinjauan & Penyasaran).

“Dalam konteks ini, aset-aset seperti pesawat udara tanpa pemandu (UAV), dron, radar dan sistem kedudukaan global (GPS) amat perlu bagi memastikan sesuatu operasi mencapai kejayaan yang hasratkan.

“Penguasaan teknologi maklumat dalam peperangan siber pula adalah kemestian bagi angkatan tentera mana-mana negara dan Malaysia harus bergerak seiring dengan perkembangan semasa supaya di hormati,” titath baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah operasi bantuan bencana dan kemanusiaan menuntut ketiga-tiga perkhidmatan tentera darat, laut dan udara memiliki aset yang berupaya melaksanakan misi dengan berkesan. – BERNAMA

Tags: LIMA'17Raja Muda PerlisTuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Pencinta Aktiviti Lasak Poland Dipelawa Ke Perlis

20/11/2018
0

KRAKOW (Poland) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengajak pencinta kegiatan lasak di Poland supaya memilih negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd