• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Juara Keseluruhan Silat Asia Tenggara 2017

oleh
19/03/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kehebatan kontinjen negara terbukti apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Silat Asia Tenggara 2017 selepas mengumpul sembilan emas, tiga perak dan empat gangsa pada kejohanan yang berlangsung di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin, Gombak, hari ini.

Pada kejohanan ini, yang juga merupakan acara pra Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, sembilan pingat emas negara hadir menerusi enam acara Tanding diikuti tiga acara Seni.

Sembilan pingat emas negara disumbangkan oleh juara hatrik silat dunia, Mohd Al-Jufferi Jamari dalam Kelas Putra E (65-70kg), Mohd Zarish Hakim Shukor dalam Kelas Putra C (55-60kg) manakala Mastafa Fitri Masjuri dalam Kelas Putra A (45-50kg).

Turut menyumbang emas adalah bekas juara dunia 2010, Mohd Fauzi Khalid dalam Kelas F Putra (70-75kg), Muhammad Robial Sobri dalam Kelas Putra H (80-85kg) dan wakil pesilat wanita, Siti Humairah Kasidin dalam Kelas Putri B (50-55kg).

Kilauan pingat perak pula hadir menerusi Muhammad Amirul Basaruddin dalam Kelas Putra B (50-55kg), Siti Zubaidah Che Omar dalam Kelas Putri D (60-65kg) dan trio putri negara dalam acara Seni-Regu.

Sementara pingat gangsa disumbangkan oleh Mohd Hazim Amzad dalam Kelas Putra D (60-65kg), Nurul Annisa Sobri Kelas Putri A (45-50kg), Ummi Syazana Husin dalam Kelas Putri E (65-70kg) dan trio negara dalam acara Seni-Regu.

Kejayaan itu menyaksikan Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) memberi bayangan bahawa sasaran lapan pingat emas yang diletakkan mampu bertambah pada temasya Sukan SEA dari 19 hingga 31 Ogos ini.

Setiausaha Agung Pesaka, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata sasaran itu dilihat boleh meningkat berdasarkan kejayaan yang dicapai meskipun tanpa dua lagi pesilat negara yang tidak dapat bertanding akibat kecederaan.

“Saya boleh bayangkan kejayaan yang mungkin kita kecapi pada Sukan SEA Ogos ini apabila melihat kesemua pesilat kita bertempur dengan bersungguh-sungguh seterusnya meraih kejayaan.

“Jumlah emas pada kejohanan ini mungkin akan bertambah sekiranya dua pesilat kita yang juga merupakan juara dunia turut bertanding tetapi mereka terpaksa diketepikan kerana kecederaan,” katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, pasukan Vietnam muncul naib juara keseluruhan selepas meraih lima emas, lima perak dan tujuh gangsa diikuti Singapura di tempat ketiga yang mengumpul empat emas, enam perak dan empat gangsa.

Tujuh negara ASEAN iaitu Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Malaysia mengambil bahagian pada kejohanan edisi ketujuh itu.

Sebanyak 19 kategori termasuk enam acara silat seni dipertandingkan pada kejohanan yang berlangsung selama empat hari itu. – BERNAMA

Tags: silatSilat Asia Tenggara 2017
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Bersilat Di Tanah Kubur Tiada Unsur Pemujaan

Video Tular Lelaki Bersilat Di Tanah Kubur Tiada Unsur Pemujaan

23/11/2025
0

KLUANG – Tiada sebarang unsur pemujaan atau ritual bercanggah syarak di kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu, di sini, susulan...

UNESCO Iktiraf Silat, Mak Yong, Dondang Sayang, Songket Negara

UNESCO Iktiraf Silat, Mak Yong, Dondang Sayang, Songket Negara

19/07/2022
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengiktiraf enam elemen warisan tidak ketara (WTK) dari Malaysia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd