Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Coronavirus: Angka Kematian Di...

BEIJING - Angka kematian akibat wabak coronavirus meningkat kepada 25 orang dengan bilangan...

Permohonan Biasiswa Yang Di-Pertuan...

PUTRAJAYA - Sebanyak 12 biasiswa ditawarkan menerusi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong sesi pengajian...

Premis Makanan Diingat Elak...

YAN - Premis makanan yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan diingat supaya tidak melakukan...

Kren ‘Bergayut’ Di Tingkat...

KECOH di media sosial apabila gambar dimuat naik memaparkan sebuah lori kren terbalik...

Malaysia-Indonesia Tingkat Kawalan Perairan

GEORGE TOWN – Polis Marin Malaysia dan Indonesia meningkatkan kerjasama penguatkuasaan perairan kedua-dua negara dengan tumpuan di kawasan yang dikenal pasti menjadi laluan pengganas Daesh dan sindiket penyeludupan manusia.

Komander Pasukan Polis Marin Bukit Aman Datuk Abdul Rahim Abdullah berkata menerusi risikan dijalankan antara Malaysia dan Indonesia serta beberapa negara lain, beberapa laluan panas yang menjadi tumpuan kumpulan itu dikenal pasti.

“Antara laluan dikenal pasti ialah perairan sempadan Langkawi ke Pulau Pinang; Perak sehingga ke Selangor; Muar ke Tanjung Piai; dan Pengerang di Johor,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat “Maritime Border Patrol Coordinating Group” ke-3, di sini hari ini.

Mesyuarat dan latihan tahunan selama empat hari bermula 26 Mac lepas itu diadakan antara Polis Marin Malaysia dan Indonesia. Turut hadir Ketua Badan Pemulihara Keamanan Kepolisian Republik Indonesia Satria Firdaus Masao.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata sindiket penyeludupan rakyat asing dikesan mengenakan bayaran paling minimum RM10,000 seorang untuk membawa masuk rakyat asing ke negara ini dan beberapa negara tumpuan lain melalui laluan laut.


“Sepanjang tahun lepas, 57 tekong yang merupakan anggota sindiket penyeludupan manusia ditahan di perairan negara,” katanya.

Abdul Rahim berkata kebanyakan rakyat asing itu terdiri daripada rakyat Indonesia serta Filipina, dan terbaharu polis menahan rakyat Timur Tengah yang menggunakan perairan negara untuk ke Australia dan menjadikan Malaysia sebagai negara transit. – BERNAMA

Kategori