• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia, Indonesia Mahu Maju Pertanian Di Sempadan

oleh AK-47
03/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Malaysia dan Indonesia bercadang memajukan kawasan sempadan Malaysia-Indonesia di Tebedu, Sarawak dan Entikong di Kalimantan Barat sebagai kawasan pertanian.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, cadangan membangunkan industri pertanian di kawasan sempadan itu membolehkan kedua-dua negara berkongsi teknologi dan model pembangunan tanah pertanian secara bersama.

Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa cadangan itu dibangkitkan dalam perjumpaannya dengan Menteri Pertanian Indonesia Andi Amran Sulaiman di sini hari ini.

Katanya, tiga projek pertanian yang dicadangkan di kawasan sempadan itu ialah projek penanaman jagung untuk makanan ternakan, penanaman padi organik dan
ternakan lembu.

“Kita sedang merancang untuk membangunkan kawasan sempadan sebagai kawasan pertanian dan kita mahu belajar dari Indonesia yang mampu menyelesaikan masalah import jagung untuk makanan ternakan dalam masa tiga tahun sahaja,” kata beliau.

Ahmad Shabery berkata, tujuan pembangunan pertanian di kawasan sempadan itu ialah kerana kawasan itu mempunyai iklim dan tanah yang sama dengan Indonesia.

“Jika Indonesia boleh melakukannya dengan teknologi dan model yang ada, maka kenapa kita tidak boleh melakukannya di kawasan sempadan kerana tanah dan iklim di kawasan itu adalah sama,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini Malaysia terlalu bergantung kepada negara pengimport bagi membekal makanan haiwan ternakan dan keadaan kini menjadi sukar apabila nilai ringgit sekarang sudah berbeza.

Katanya, projek tanaman jagung itu akan dilaksanakan secepat mungkin dan kementeriannya akan mengkaji model yang bersesuaian sama ada ia akan diusahakan oleh pekebun kecil dengan bantuan kerajaan ataupun diusaha secara bersama dengan syarikat swasta.

Terdahulu, Andi Amran berkata, Indonesia bersedia untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi membangunkan kawasan sempadan itu sebagai kawasan pertanian kerana ia memberi faedah bersama.

Beliau berkata, Indonesia sememangnya memberi fokus untuk membangunkan industri pertanian secara berterusan bagi mengurangkan kebergantungan import bahan makanan ternakan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ECRL Pun Tinggal Kenangan Seperti Perwaja Steel

23/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Satu ketika dahulu projek Perwaja Steel pernah menjadi projek kebanggaan Perdana Menteri ke-4 untuk masyarakat Pantai Timur...

Shabery Anggap Pemilihan UMNO Kali Ini Paling Meriah

21/06/2018
0

KUALA LUMPUR – Pemilihan pucuk pimpinan UMNO yang akan datang tidak lama lagi dilihat paling meriah sengan penawaran diri ramai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd