• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Faham Sensitiviti Bangsa Arab Saudi

oleh
13/03/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Malaysia telah mendapat persetujuan daripada pihak Arab Saudi berhubung tarian zapin dan ghazal sebelum ia dipersembahkan kepada umum di Riyadh International Book Fair 2017 yang berlangsung dari 8 hingga 17 Mac.

Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Zainol Rahim Zainuddin berkata, Malaysia memahami sensitiviti masyarakat setempat dan telah mengemukakan cadangan persembahan berkenaan kepada Kementerian Kebudayaan dan Penerangan Arab Saudi apabila mendapat jemputan kira-kira sebulan lalu sebagai Negara Tetamu Kehormat pada pesta buku tersebut.

“Kita bentangkan kepada mereka terlebih dahulu mengenai konsep Pavilion Malaysia, buku yang dibawa dan persembahan yang akan dibuat dan mereka bersetuju dengan persembahan zapin dan ghazal kerana ia menepati adat-adat di sini termasuk persembahan melibatkan lelaki sahaja,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kekecohan yang berlaku apabila seorang lelaki warga Arab bertindak mencampak mikrofon serta alat muzik ke lantai sambil membantah acara tarian zapin dan ghazal di pesta buku berkenaan pada Khamis lepas.

Katanya masyarakat Arab Saudi juga mempunyai tarian mereka tersendiri yang dipersembahkan kepada umum.

“Apa yang berlaku (kekecohan) tidak melambangkan masyarakat Arab Saudi secara keseluruhan, hanya segelintir yang berpandangan berbeza,” katanya.

Zainol Rahim berkata pihak kedutaan Malaysia menerima banyak kenyataan kesal dan permohonan maaf daripada rakyat tempatan yang tidak senang dengan kejadian tersebut.

Sementara itu, seorang ahli akademik Arab Saudi, Prof. Muhammad al-Asimi menyifatkan insiden itu sebagai memalukan manakala tindakan menyakiti tetamu negara adalah sama sekali ditegah.

Beliau turut menasihati pengunjung yang tidak berpuas hati untuk membuat aduan melalui saluran rasmi.

“Mungkin juga individu itu tidak perlu menghampiri tempat yang mereka tidak selesa seperti yang dilakukan oleh manusia berakal lain yang menghormati diri sendiri dan hak kebebasan orang lain,” katanya dalam tulisan yang disiarkan dalam portal akhbar tempatan Alyoum.

Muhammad berkata rakyat Malaysia ialah saudara yang menyambut Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dengan sambutan rasmi dan nasional yang sangat hangat.

“Sambutan itu menunjukkan sikap persaudaraan dan cinta yang dalam kepada rakyat Arab Saudi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Arab SaudiTarian Zapin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd