• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Belum Sedia Daftar Pengundi Secara Automatik

oleh
18/03/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skop tugasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang ‘sensitif’ menyebabkan Malaysia masih belum bersedia melaksanakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah berkata, pihaknya tidak mahu dipersalahkan sekiranya terdapat sebarang masalah yang timbul berhubung pembaharuan berkaitan pendaftaran pengundi.

“Terdapat perkara kadang-kadang kita rasa tidak begitu serius tetapi diambil serius oleh pihak tertentu. Apatah lagi kalau kita buat sesuatu pembaharuan, kalau kita tak bersedia dengan pembaharuan…kita buat, maka banyak perkara yang boleh timbul,” katanya.

Mohd. Hashim berkata demikian ketika menjadi tetamu Slot Khas Ekspresi terbitan Bernama Radio24 bertajuk ‘Mengundi dan Tanggungjawab Sebagai Warganegara‘ di Wisma Bernama, di sini Khamis.

Beliau berkata, walaupun terdapat gesaan supaya SPR menjalankan sistem pendaftaran pengundi secara automatik, pihaknya yakin sistem pendaftaran pengundi sedia ada masih efisien.

Dalam pada itu, katanya SPR sentiasa berusaha memudahkan proses pendaftaran pengundi termasuk turun ke kawasan pedalaman menggunakan pacuan empat roda sejak dua tahun lepas.

Mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya, Mohd. Hashim berkata, SPR hanya mengambil kira bantahan terhadap persempadanan semula yang relevan, iaitu dikemukakan pengundi sesuatu kawasan terlibat dalam cadangan persempadanan semula itu.

“SPR akan lihat secara keseluruhan dan akan klasifikasikan dari aspek sama ada bantahan itu relevan atau tidak. Kalau ia dibantah kepada satu-satu kawasan yang tidak disentuh, jadi dia bantah untuk apa, ini kita tolak,” katanya.

Beliau berkata, selain bantahan daripada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan, pihak ketiga yang boleh membuat bantahan ialah sekurang-kurangnya 100 pengundi bagi setiap satu kawasan terlibat boleh mengemukakan bantahan secara rasmi.

Pada 8 Mac lepas, SPR menerbitkan satu cadangan persempadanan semula yang dikemas kini bagi Semenanjung Malaysia selepas selesai inkuiri tempatan selama empat bulan untuk mendengar bantahan terhadap cadangan awalnya.

Semua pihak diberi tempoh sebulan bermula 8 Mac sehingga 7 April ini untuk mengemukakan bantahan masing-masing kepada SPR.

Inkuiri tempatan di seluruh negara yang merupakan satu keperluan untuk proses persempadanan semula, berlangsung dari 31 Oktober 2016 hingga 28 Februari lepas. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: SPR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

DAP Kecam PAS Selangor Tak Hormat Autonomi Sarawak!

Next Post

Zarina Anjoulie Akui Sudah Bercerai Disember Lalu

Related Posts

PRK Ayer Kuning: SPR Keluarkan 116 Kertas Undi Pos

PRK Ayer Kuning: SPR Keluarkan 116 Kertas Undi Pos

14/04/2025
0

TAPAH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan 116 kertas undi pos kepada pengundi kategori itu yang berdaftar untuk Pilihan Raya Kecil...

PRK DUN Mahkota 28 September, Penamaan Calon 14 September – SPR

PRK DUN Mahkota 28 September, Penamaan Calon 14 September – SPR

13/08/2024
0

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Johor pada...

Next Post

Zarina Anjoulie Akui Sudah Bercerai Disember Lalu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd