• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tinggi Kekal Keputusan Mat Sabu Bebas

oleh AK-47
31/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan keputusan melepas dan membebaskan bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu daripada pertuduhan memfitnah dalam isu komunis Bukit Kepong, enam tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Lim Chong Fong membuat keputusan itu selepas menolak rayuan yang dikemukakan Ketua Unit Pendakwaan Pulau Pinang Datuk Razali Che Ani terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth pada 8 Julai 2015, ke atas Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu.

Dalam keputusannya, Lim berkata apa yang disebut oleh tertuduh (Mat Sabu) mengenai insiden Bukit Kepong adalah bukan suatu fitnah tetapi penulisan berhubung ucapan tertuduh telah ditokok tambah dan disensasikan oleh akhbar Utusan Malaysia.

Lim juga berkata tiada sebarang kecacatan terhadap apa jua keputusan yang telah dibuat oleh hakim Mahkamah Sesyen.

Pada 8 Julai 2015, Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohamad, 62, di akhir kes pendakwaan.

Mat Sabu didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Feb 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.

Mat Sabu yang diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah PAS Padang Menora, Tasek Gelugor di Seberang Perai Utara pada 21 Ogos 2011.

Mat Sabu yang kini presiden Parti Amanah Negara (PAN) juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu memfitnah tiga anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff Rono serta anggota keluarga mereka pada masa, tarikh dan di tempat yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Razali berkata pihaknya akan menfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi hari ini di Mahkamah Rayuan Putrajaya dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, Mat Sabu ketika ditemui diluar mahkamah melahirkan penghargan kepada peguam serta orang ramai yang memberikan sokongan terhadapnya berhubung ucapan yang menjadi sensasi itu. – BERNAMA

Tags: bebasMat Sabu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Nak Jujur, Harga Bekalan Boleh Berubah Bila-Bila Masa’

‘Saya Nak Jujur, Harga Bekalan Boleh Berubah Bila-Bila Masa’

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu tampil dengan nada terbuka dan berterus...

‘Terima kasih Atas Sindiran’ – Mohamad Sabu

‘Terima kasih Atas Sindiran’ – Mohamad Sabu

15/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu mengucapkan terima kasih terhadap sindiran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd