• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LPP Pahang Komited Tangani Rasuah, Bebas Rasuah

oleh Ahmad Albab
17/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Warga Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Pahang hari ini menandatangani dan melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai tanda komited agensi itu dalam membanteras gejala rasuah.

Timbalan Ketua Pengarah LPP Mohd Naser Harun berkata langkah itu bagi menyokong aspirasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menangani rasuah serta salah guna kuasa dalam agensi kerajaan.

“Kita tidak mahu masalah rasuah ini terus menjadi barah dalam kalangan penjawat awam dan pelaksanaan IBR ini menunjukkan LPP sendiri komited membasmi hal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani dan bacaan IBR oleh 100 petugas LPP Pahang terdiri daripada ketua kawasan dan unit
LPP diketuai Pengarah LPP Pahang Sawalluddin Ahmad. Turut hadir Pengarah SPRM Pahang Datuk Tan Kang Sai.

Mohd Naser menyarankan LPP negeri lain turut mengambil pendekatan sama dengan melaksanakan IBR bagi meningkatkan lagi imej agensi itu.

Selain itu, beliau turut mencadangkan kepada SPRM supaya menetapkan satu prosedur operasi standard (SOP) bagi pengeluaran sijil IBR kepada organisasi yang telah melaksanakannya.

“Melalui sijil yang dikeluarkan oleh SPRM itu akan jadi sebagai satu pengiktirafan kepada jabatan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Tan berkata Program IBR merupakan satu inisiatif pencegahan yang dilakukan berterusan oleh SPRM dengan kerjasama agensi dan jabatan kerajaan.

“Objektif program IBR ini adalah bagi mendapatkan komitmen daripada pimpinan organisasi dalam soal membanteras rasuah sekali gus dapat memastikan jabatan dan agensi berkenaan tidak terlibat dengan jenayah itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd