• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima Ditahan, Disyaki Rompak Kedai Seng Heng

oleh Ahmad Albab
20/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis berjaya memberkas lima daripada enam suspek yang dipercayai merompak rangkaian kedai elektrik Seng Heng.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata suspek pertama diberkas di kawasan Perumahan Awam Batu di Jalan Ipoh pada 5 Mac manakala yang lain diberkas dalam tempoh seminggu di beberapa kawasan kediaman di sekitar Kuala Lumpur.

Digelar ‘Geng Seng Heng’, mereka yang berusia dalam lingkungan 30-an ini merompak barangan dan wang tunai berjumlah lebih RM236,500 di kedai Seng Heng di Nilai, Rawang, Subang Jaya dan Sungai Buloh.

“Kumpulan ini hanya menyasarkan kedai Seng Heng dan hanya merompak pada hari Ahad,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Katanya dalam tangkapan itu, polis merampas 14 barangan termasuk satu pedang samurai, nombor plet palsu dan sebuah kereta Toyota Vios yang dipercayai digunakan dalam rompakan di kedai Seng Heng Sungai Buloh.

Polis kini memburu seorang lagi suspek yang dikenal pasti sebagai bekas pekerja Seng Heng berusia 34 tahun yang juga dalang kumpulan itu.

Kes disiasat menurut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan bersenjata yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: Rompak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pilih Pembangkang, Pilih DAP Jadi Kerajaan

Next Post

Terserah Kepada PAS Tentukan Hala Tuju Kerjasama Politik

Related Posts

Suri Rumah Dalang Rancang Rompak Mentua Sendiri

Suri Rumah Dalang Rancang Rompak Mentua Sendiri

21/05/2025
0

PEKAN - Helah seorang suri rumah yang berpura-pura menjadi mangsa samun terbongkar apabila siasatan polis mendapati kejadian itu dirancang bersama...

Koperal Polis Didakwa Rompak Jongkong Emas Bernilai Lebih RM500,000

Koperal Polis Didakwa Rompak Jongkong Emas Bernilai Lebih RM500,000

17/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang...

Next Post

Terserah Kepada PAS Tentukan Hala Tuju Kerjasama Politik

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd