Wednesday, September 18, 2024

Creating liberating content

TPM Saran Anggota PAC...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan...

Isteri Mimpi Suami ‘Minta...

KUALA BERANG - "Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan...

Korban Gempa Di Sulawesi...

JAKARTA - Jumlah mangsa korban gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah kini...

Pencarian Mangsa Nahas Lion...

SEORANG rakan sekerja kru kabin penerbangan JT610 menangis di atas dek kapal Tentera...

Lemas: Kehilangan Dua Penyerang Terbaik Sekolah

HULU SELANGOR – Dua daripada lapan murid Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 yang dihanyutkan air deras di Kampung Timah, Bukit Beruntung di sini semalam dianggap sebagai penyerang terbaik bola sepak sekolah berkenaan.

Gandingan Muhammad Aiman Kamarul Ariffin, 12, dan Muhammad Aiman Fitri Md Asmadi, 12, sememangnya menjadi pilihan utama jurulatih mereka dalam setiap kejohanan di peringkat daerah.

Jurulatih Wan Mohd. Firdaus Wan Abdullah berkata kedua-dua anak didiknya itu memang berbakat dan mempunyai potensi untuk berjaya dalam sukan itu.

“Saya gandingkan mereka sejak kedua-duanya berusia 10 tahun dan pada perlawanan persahabatan Rabu lepas, memang mereka menjaringkan gol.

“Saya terkejut dengan kejadian yang menimpa mereka berdua,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sedih dengan kejadian itu, Wan Mohd. Firdaus membatalkan hasratnya untuk pulang ke kampung dan turut sama melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Sepatutnya kedua-dua mereka ada latihan petang semalam, tetapi disebabkan hujan, ia dibatalkan. Mereka berdua adalah budak yang baik,” katanya.

Rohani Salleh, 42, ibu kepada seorang lagi mangsa, Mohd. Iskandar Shah Abdullah, 12, berkata beliau tidak menyangka anaknya turut bersama rakan-rakannya ke sungai.

Beliau berkata anaknya tidak ke sekolah semalam kerana tidak sihat.

“Dia cakap tidak sihat dan tidak dapat hadir ke sekolah maka saya suruh dia ke rumah neneknya pagi tadi kerana saya mahu pergi bekerja. Lepas pulang dari kerja saya dapat tahu anak saya tiada di rumah neneknya.


“Selepas itu rakan yang terselamat (Muhammad Shahir Azman, 7) datang ke rumah dan beritahu saya apa yang terjadi,” katanya.

Kamarul Ariffin Osman, 45, bapa kepada Muhammad Aiman berkata beliau reda dengan apa yang berlaku dan masih berharap anak keempatnya itu dapat ditemui.

“Saya reda dengan apa terjadi kepada anak saya, tapi saya cukup terkilan kerana sudah dua hari saya tidak bercakap denganya,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, lapan kanak-kanak berusia antara sembilan hingga 12 tahun dari kawasan perumahan berdekatan dihanyutkan air pasang besar ketika mereka menangguk ikan di Sungai Selangor itu.

Seorang daripada mereka selamat manakala lima lagi ditemukan lemas dan setakat pukul 3 petang tadi, operasi mencari dan menyelamat dua lagi mangsa iaitu Muhammad Ikhwan Mohd Ridwan 10, dan Muhammad Aiman masih giat dijalankan.

Lima mangsa yang meninggal dunia akibat lemas ialah pasangan adik-beradik, Shahrizat Abdullah, 12, dan Shahrizwan, 10; Amirul Hakimi Khairul Amru, 9, Muhammad Iskandar Shah, 12, dan Muhammad Aiman Fitri. – BERNAMA

Kategori