• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Tumbuk Mati Pemandu Van Sekolah Terima Hukuman

oleh AK-47
15/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG bekas opreator kren berusia 31 tahun dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen Klang selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menyebabkan kematian pemandu van sekolah tahun lalu.

Mohd Fifi Md Yousoff mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan menyebabkan kematian Mohammad Izhharuddin Nordin, 23, di Jalan Sungai Udang, Klang, kira-kira jam 6.40 petang, 3 Februari tahun lalu.

Hakim Suzana Hussin memerintahkan Mohd Fifi menjalani hukuman itu bermula hari ini.

“Kamu masih muda dan hukuman ini diharap memberi keinsafan selain keadilan bagi kedua-dua pihak,” kata Suzana memetk laporan Berita Harian.

Mohd Fifi didakwa mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Halem Mohamad Husin.

Kaitan: Tertinggal Budak Sekolah, Bakal Pengantin Maut Dibelasah

Mynewshub sebelum ini melaporkan seorang pemandu van sekolah yang bakal melangsungkan perkahwinan, maut dipercayai dibelasah selepas mangsa dikatakan gagal mengambil anak saudara tertuduh dari sekolah agama di Jalan Kampung Udang, di sini.

Tertuduh dilaporkan menumbuk mangsa beberapa kali di muka dan kepala sebelum beredar, manakala mangsa yang menggigil dan tidak dapat bercakap selepas kejadian itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Hukuman PenjaraJenayahmahkamah
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd