Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Peniaga Online ‘Kedekut’ RM70...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini melancarkan program Online Networking...

Liza HotFM Akhiri Zaman...

Penyampai stesen radio popular HotFM, Khairu Norliza Khairudin atau Liza, menamatkan zaman bujangnya bersama...

Rugi RM400,000 Diperdaya ‘Inspektor...

IPOH: Seorang ahli perniagaan di Taiping mengalami kerugian RM418,200 akibat ditipu sindiket phone...

Bawa Asean Dekat Di...

KUALA LUMPUR - Usaha merakyatkan Asean bukanlah satu tugas mudah, apatah lagi apabila...

Lelaki Maut Dirempuh Remaja Mabuk Melawan Arus

BUTTERWORTH – Seorang pekerja kilang maut apabila sebuah kereta yang dipandu seorang remaja perempuan dilapor melawan arus di KM 134, Lebuhraya Utara-Selatan di Seberang Perai Tengah pagi tadi.

Kejadian pukul 7.50 pagi arah ke utara itu yang berlaku berhampiran susur masuk ke Permatang Pauh menyebabkan Mohamad Fandi Rosli, 26, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Polis percaya remaja berumur 19 tahun itu yang memandu Proton Gen-2 memandu dalam keadaan mabuk.

“Kereta jenis Proton Gen-2 itu dipandu secara melawan arus dari Sungai Dua menghala Butterworth dan melanggar bahagian hadapan kereta Perodua Kelisa yang dipandu Mohamad Fandi.

“Kejadian itu menyebabkan kereta dipandu wanita terbabit terbabas ke sebelah kiri dan melanggar sebuah motosikal sebelum ia berpusing beberapa kali dan melanggar pula dua kereta serta sebuah van kilang,” kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid.

Beliau berkata wanita terbabit, penunggang motosikal serta tiga pemandu kenderaan lain itu mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya.


Sementara mayat Mohamad Fandi dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

Difahamkan Mohamad Fandi berasal dari Sungai Petani, Kedah dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas habis bekerja di sebuah kilang di Perai.

Pihak polis telah menahan serta mengambil sampel darah wanita itu untuk ujian lanjut, kata Nik Ros Azhan.

Beliau berkata kemalangan yang berlaku ketika orang ramai bergegas ke tempat kerja itu menyebabkan kesesakan teruk sejauh lima kilometer di kedua-dua arah lebuh raya. – BERNAMA

Kategori