• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 100,000 Murid Terlibat Program Dwibahasa

oleh Ahmad Albab
30/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 139,197 murid atau 2.9 peratus daripada jumlah murid sekolah rendah dan menengah terlibat dengan Program Dwibahasa (DLP).

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kesemua mereka merupakan murid daripada 1,216 sekolah meliputi 587 sekolah rendah dan 629 sekolah menengah di seluruh negara.

“DLP yang diperkenalkan tahun lepas merupakan program sukarela yang tidak melibatkan semua sekolah dan murid. Pengetua atau guru besar berhak menolak tawaran sekiranya sekolah tidak berminat atau tidak bersedia melaksanakan DLP,” katanya semasa waktu pertanyaan menteri (MQT) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan G. Manivannan (PKR-Kapar) mengenai status terkini pelaksanaan DLP serta kriteria yang diguna pakai sebelum sesebuah sekolah diberikan kelulusan mempraktikkan program itu.

Mahdzir berkata DLP memberi pilihan kepada sekolah-sekolah yang memenuhi kriteria untuk mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris selain Bahasa Melayu bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.

Bagi meningkatkan kemahiran guru terlibat dalam program itu, Mahdzir berkata kerajaan mengambil pelbagai langkah proaktif bagi memantapkan dan memperkasakan Bahasa Inggeris guru-guru berkenaan.

Katanya seramai 1,732 guru mendaftar untuk menyertai latihan dalam talian kemahiran Bahasa Inggeris yang disediakan Pusat Latihan Bahasa Inggeris (ELTC) tahun ini.

Menjelas lanjut, Mahdzir berkata sekolah perlu memenuhi empat kriteria iaitu sumber mencukupi, kesediaan pengetua atau guru besar dan guru, permintaan dan sokongan ibu bapa serta pencapaian sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi melaksanakan DLP. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir Khalidmurid
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemegang Amanah Yayasan Bumiputera Direman SPRM

Next Post

Patung Hodoh Ronaldo Jadi Bahan Jenaka Netizen

Related Posts

86 Murid SK Chepor Keracunan Makanan

86 Murid SK Chepor Keracunan Makanan

25/09/2024
0

IPOH - Seramai 86 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor di sini mengalami muntah dan cirit-birit termasuk seorang dimasukkan ke Hospital...

Murid Meninggal Dunia Akibat Keracunan Di Sandakan

Murid Meninggal Dunia Akibat Keracunan Di Sandakan

26/07/2024
0

KOTA KINABALU: Seorang murid di sebuah sekolah rendah di Sandakan dilaporkan meninggal dunia akibat keracunan makanan, semalam. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Next Post

Patung Hodoh Ronaldo Jadi Bahan Jenaka Netizen

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd