• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laluan Felda Redong-Selancar Ditutup Akibat Tanah Runtuh

oleh
04/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Laluan Felda Redong ke Felda Selancar di daerah Segamat, ditutup kepada semua jenis kenderaan sejak pukul 10 malam tadi berikutan tanah runtuh akibat hujan lebat.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata kerja membaik pulih laluan itu belum dilakukan namun beliau telah meminta kontraktor di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya negeri untuk menyegerakannya.

“Ia perlu disegerakan bagi membantu peneroka ladang kelapa sawit membawa hasil tuaian tanaman mereka ke kilang di Selancar,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ayub berkata hujan lebat yang berterusan turut menyebabkan dua lagi pusat pemindahan terpaksa dibuka di daerah itu berbanding hanya empat pada petang semalam.

Dua pusat pemindahan baharu itu ialah Kompleks Penghulu Mukim Pogoh dan Sekolah Kebangsaan Kampung Spang Loi.

Setakat pukul 10 pagi ini, seramai 141 mangsa daripada 31 keluarga ditempatkan di keenam-enam pusat berkenaan.

Bacaan paras air semasa di empat sungai utama di kawasan itu iaitu Sungai Segamat Bandar, Sungai Muar Kampung Awat, Sungai Muar Buluh Kasap dan Sungai Juasseh Kemelah menunjukkan ia berada antara 7.42 meter dan 20.49 meter, ada yang melebihi paras amaran. – BERNAMA

Tags: tanah runtuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd