• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPSTM Tumpu Lahir Usahawan Bersifat Kopetitif

oleh AK-47
31/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (KPSTM) Sabah tidak hanya mahu melahirkan bilangan usahawan yang ramai tetapi menumpukan usaha membentuk usahawan bersifat kompetitif.

Pembantu Menterinya, Datuk Hamisa Samat berkata usaha itu bagi memastikan usahawan yang dilahirkan memiliki daya tahan dan saing tinggi dalam menghadapi cabaran ekonomi tidak menentu.

“Malahan, penghasilan produk berkualiti dan perkhidmatan yang ditawarkan para usahawa juga menjadi fokus kementerian agar usahawan itu terus kekal relevan,” katanya.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjong Batu berkata demikian pada Majlis Penutupan Kursus Kecantikan, Kursus Masakan Tradisional Malaysia dan Kursus Asas Gubahan Bunga Segar di sini hari ini.

Kursus itu disertai 60 peserta dan hadir sama pada majlis itu Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah (JPSM), Billy Yumbod.

Selain itu, Hamisa berkata usahawan perlu bijak merebut ruang dan peluang yang disediakan kerajaan melalui pelaksanaan pelbagai program, seminar dan aktiviti yang bertujuan memperkasa jati diri usahawan dan kemahiran pengurusan perniagaan.

“Program-program ini sebagai pendedahan awal supaya usahawan memanfaatkan teknologi terkini, meluaskan rangkaian perniagaan hingga peringkat antarabangsa dan mempunyai pengurusan perniagaan cekap dan strategi pemasaran berkesan,” katanya lagi. – BERNAMA

Tags: Datuk Hamisa SamatKPSTM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

6 Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Ejen Hartanah

Next Post

Pembinaan MRT Laluan SSP Kini Pada Tahap 5.3 Peratus

Related Posts

Masa Depan Belia Cemerlang Dengan BN

02/05/2018
0

TAWAU - Masa depan golongan belia akan terus cemerlang dan gemilang jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat untuk meneraju kepimpinan...

Kekal Kerajaan Pembangunan Banyak Dilaksana

01/03/2018
0

TAWAU - Kerajaan Barisan Nasional (BN) sedia ada yang ditunjangi UMNO perlu dikekalkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) agar...

Next Post

Pembinaan MRT Laluan SSP Kini Pada Tahap 5.3 Peratus

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd