• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPN Sahkan Kim Chol Ialah Kim Jong-nam

oleh
11/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa lelaki warga Korea Utara yang dikenali sebagai Kim Chol ialah Kim Jong-nam.

Beliau bagaimanapun berkata, pihak polis tidak boleh mendedahkan bagaimana pengesahan identiti lelaki yang diracun di Lapangan Terbang Antarabangsa (klia2), Sepang, Selangor itu dilakukan.

“Saya tidak boleh menerangkan bagaimana kita melakukannya atas faktor keselamatan saksi-saksi. Saya ingin nyatakan kepada anda, mayat lelaki yang dikenali sebagai Kim Chol ialah Jong-nam.

“Apa yang boleh saya katakan bahawa pihak polis telah memenuhi keperluan undang-undang untuk mengesahkan identiti lelaki asing terbabit,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, Khalid melancarkan Projek Rintis Balai Polis Moden di Taman Tun Dr. Ismail di sini hari ini. Turut hadir ialah Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh.

Bagaimanapun Khalid memberitahu bahawa polis turut merujuk kepada dokumen perjalanan Jong-nam yang menggunakan nama Kim Chol ketika dia ditemui meninggal dunia.

Mengulas lanjut Khalid berkata, polis kini menyerahkan mayat lelaki berkenaan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut ekoran polis telah selesai melakukan siasatan.

Jong-nam, anak sulung bekas pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Il didakwa dibunuh oleh dua orang wanita Asia tenggara di bawah arahan ejen perisik Korea Utara pada 13 Februari lalu.

Beliau yang hidup dalam buangan di Macau, China ketika hidupnya sering secara terbuka mengkritik penguasaan dinasti keluarganya di negara itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: khalid abu bakarKim Jong-Nam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Hamid Bador, Kini Khalid Abu Bakar Pula

05/05/2021
0

PADA 22.4.2021 bekas Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar telah hantar surat tuntutan (LOD) kepada Tun M. Ia ekoran...

Khalid Abu Bakar Saman Mahathir, Tuntut RM10 Juta

04/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan undang-undang ke atas Tun Dr Mahathir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd