• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korea Utara: Siasatan Rakaman Video Tak Perlu

oleh Ahmad Albab
09/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis tidak akan menyiasat rakaman video seorang lelaki yang mendakwa anak kepada lelaki warga Korea Utara yang dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata video berdurasi 40 saat itu telah diteliti oleh pihaknya selepas ia menjadi tular di laman sosial, berita portal tempatan dan antarabangsa sejak semalam dan membuat keputusan untuk tidak meneruskan siasatan.

“Tak perlulah siasat video itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Semalam, sebuah rakaman video dimuat naik ke laman Youtube dengan memaparkan seorang lelaki yang menunjukkan pasport diplomatik Korea Utara bagi membuktikan beliau adalah Kim Han-sol dan mendakwa bapanya Kim Jong-nam dibunuh.

Bagaimanapun, muka surat yang menunjukkan maklumat pasport itu secara terperinci telah ditutup secara digital.

Kematian Kim Chol dilaporkan secara meluas di media sebagai Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un.

Difahamkan, rakaman video itu dirakam beberapa hari selepas Kim Chol dibunuh dan dimuat naik oleh kumpulan yang dikenali sebagai Pertahanan Awam Cheollima (CCD) ke laman Youtube.

Kumpulan itu mendakwa telah menyelamatkan beberapa orang anggota keluarga Jong-nam dan mereka berada di bawah perlindungan di satu lokasi yang tidak dimaklumkan.

Jurucakap Perkhidmatan Risikan Nasional Korea Selatan mengesahkan lelaki dalam video itu adalah Han-sol namun tidak mendedahkan butiran lanjut.

Han-sol, 21, dipercayai seorang graduan Universiti Sciences Po di Paris yang hidup dalam buangan dengan ibu bapanya. – BERNAMA

Tags: Kes Bunuh Jong-NamKorea UtaraTan Sri Khalid Abu Bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd