• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korea Utara: Pembangkang Minta Satu Taklimat Khusus

oleh Ahmad Albab
08/03/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini memohon diadakan satu taklimat khusus kepada semua Anggota Parlimen berhubung isu antara Malaysia dan Korea Utara.

Wan Azizah yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh berkata taklimat itu penting bagi memastikan tiada kenyataan sembarangan dikeluarkan Anggota Parlimen hingga boleh menjejaskan siasatan, sekali gus mengeruhkan keadaan.

Ketika menyampaikan perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong sewaktu persidangan Dewan Rakyat, Wan Azizah berkata taklimat itu perlu dibuat pihak berwajib seperti Kementerian Luar dan Kementerian Dalam Negeri bagi memudahkan proses penerangan.

Menyentuh topik yang sama juga, Wan Azizah turut melahirkan kebimbangan dengan keupayaan pertahanan, aset dan kepakaran dimiliki negara dalam menghadapi situasi ketika ini.

“Adakah pertahanan kita sudah cukup kuat? Apa yang bakal berlaku seterusnya? Semua ini memerlukan penjelasan. Kita semua tidak boleh bercakap di luar pengetahuan kita (sesuka hati),” katanya.

Media rasmi Korea Utara, KCNA semalam melaporkan tindakan Pyongyang menghalang semua rakyat Malaysia dari meninggalkan Korea Utara akan kekal selagi kes pembunuhan Kim Jong-nam di Kuala Lumpur tidak diselesaikan secara baik.

Ketika ini terdapat 11 rakyat Malaysia di Korea Utara yang terdiri daripada tiga pegawai dan kakitangan Kedutaan Malaysia serta enam anggota keluarga mereka.

Dua lagi adalah peserta Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Malaysia turut mengambil tindakan yang sama dengan mengeluarkan arahan bahawa rakyat Korea Utara yang berada di Malaysia, tidak dibenarkan keluar atau meninggalkan negara ini berkuat kuasa serta-merta sejak semalam. – BERNAMA

Tags: Korea UtaraWan Azizah Wan Ismail
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Laporan Akhir MH370 Dikeluarkan Januari 2018

Next Post

Dua Anggota Polis Dituduh Ambil Rasuah RM5,000

Related Posts

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

Korea Utara Lancar 190 Belon Sampah Ke Korea Selatan

Korea Utara Lancar 190 Belon Sampah Ke Korea Selatan

07/09/2024
0

SEOUL : Korea Utara melancarkan kira-kira 190 belon yang dipenuhi kertas dan sisa lain ke arah Korea Selatan dan kebanyakannya...

Next Post

Dua Anggota Polis Dituduh Ambil Rasuah RM5,000

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd