• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Klinik Simpan Picagari Terpakai Dalam Tin Biskut

oleh AK-47
31/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa pusat pakar pergigian Imperial Dental Specialist Centre Sdn. Bhd. yang didakwa berhubung kematian menantu Timbalan Perdana Menteri, semasa menerima rawatan gigi, menyimpan picagari dan jarum suntikan terpakai di dalam laci kabinet dan tin biskut.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Keselamatan Amalan Perubatan Swasta Bahagian Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) Putrajaya, Dr. Ahmad Fairol Mahat, 30, berkata beliau dan pasukan menemui sejumlah picagari dan jarum itu ketika membuat pemeriksaan di premis berkenaan pada 2 Jun 2016.

Beliau berkata sejumlah picagari berserta jarum suntikan ditemui di dalam laci sebuah kabinet dan berisi cecair yang tidak dilabel.

“Sejumlah jarum lagi ditemui dalam tin biskut dan terdapat kesan seumpama darah,” katanya ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya, Jaizah Jaafar Sidek pada perbicaraan hari ketiga kes pusat pakar pergigian tersebut yang didakwa terhadap sembilan pertuduhan berhubung kematian Syed Alman Zain Syed Alwi.

Ahmad Fairol, saksi pendakwaan kelima berkata beliau bertanggungjawab untuk memeriksa pelan lantai klinik itu sama ada pelan itu kini masih sama semasa klinik itu membuat permohonan lesen.

Saksi itu berkata beliau dan pasukannya juga telah mengambil 52 keping gambar sekitar klinik itu bagi membantu siasatan.

Ketika ditanya apa yang dilakukannya selepas menemui picagari dan jarum itu, Ahmad Fairol berkata beliau mengarahkan wakil klinik itu untuk membuangnya ke dalam tong sisa klinikal.

Kepada soalan Jaizah sama ada picagari dan jarum tersebut diletakkan di tempat yang sepatutnya, saksi itu berkata, tidak.

Ahmad Fairol menjelaskan picagari dan jarum itu sepatutnya dilupuskan dengan kaedah sewajarnya kerana ia boleh mendatangkan bahaya biologikal seperti tusukan jarum dan jangkitan terhadap kakitangan atau sesiapa sahaja yang terkena picagari atau jarum itu.

Menjawab soalan peguam P. Sreekant ketika pemeriksaan balas mengenai jenis cecair yang terdapat pada picagari dan sama ada ia sejenis ubatan, Ahmad Fairol berkata beliau tidak tahu kerana ia tidak dilabel.

Bagaimanapun, saksi itu bersetuju dengan cadangan Sreekant bahawa beliau tidak pasti adakah kesan cecair yang dilihat pada jarum di dalam tin biskut adalah darah kerana tidak membuat sebarang ujian kimia dan membuat tanggapan ia adalah darah berdasarkan warnanya.

Ketika pemeriksaan semula Jaizah mengenai mengapa saksi itu dan pasukannya tidak merampas picagari, jarum dan bekas biskut yang ditemui, beliau berkata kerana barangan itu adalah tidak selamat.

“Bekas biskut tersebut tidak selamat dirampas kerana di dalamnya berisi sejumlah jarum yang telah digunakan. Secara amnya, bekas tersebut sepatutnya dilupuskan kerana boleh mendatangkan bahaya kepada sesiapa yang menjumpai bekas tersebut,” katanya.

Pada 12 Ogos 2016, pusat pergigian itu yang diwakili pengarah syarikatnya Dr. Wong mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan berhubung kematian Syed Alman Zain.

Antara pertuduhan itu ialah beliau selaku orang kena saman (OKS), didakwa sebagai pemegang lesen, didapati telah gagal memastikan Dr. Ting Teck Chin iaitu orang yang memberikan perkhidmatan anestesia terhadap Syed Alman Zain mempunyai kelayakan anestesiologi.

Klinik itu didakwa sebagai pemegang lesen telah gagal memastikan individu yang berkhidmat untuk menjalankan prosedur radiologi (orthopantomogram) dan perkhidmatan anestesia secara ‘IV Sedation’ ke atas Syed Alman Zain mempunyai kelayakan berbuat demikian.

Dakwaan lain terhadap premis tersebut ialah gagal menyediakan langkah-langkah perlu bagi menyelamatkan nyawa pesakit dengan tidak menyediakan oksigen sebagai perkhidmatan jagaan kecemasan asas serta gagal mengemukakan kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) satu salinan semua rekod perubatan Syed Alman Zain semasa dia dipindah ke sana.

Klinik berkenaan turut didakwa telah gagal menyimpan dan menyenggara suatu daftar kakitangan, memastikan kehendak perlabelan ubat dipatuhi serta tidak mengambil langkah yang cukup untuk melindungi semua kakitangan profesional jagaan kesihatan dan persekitaran terhadap bahaya biologikal.

Kesemua kesalahan tersebut dilakukan di klinik yang terletak di Jalan Telawi, Bangsar Baru, Brickfields, di sini, antara 6 petang dan 9.05 malam, antara 26 Mei dan 2 Jun lalu.

Tujuh pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(4), 39(2), 40(4) dan 117(2)(b)(i) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM30,000 dan RM300,000, jika sabit kesalahan.

Dua lagi pertuduhan dikemukakan mengikut Peraturan 49(7) dan 245(6) Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Lain) 2006 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan hakim Harmi Thamri Mohamad @ Shaharuddin bersambung pada 24 April. – BERNAMA

Tags: JARUMMenantu TPMPicagari
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi Hampir Mati Tertelan Jarum

14/01/2019
0

BEIJING - Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan hampir maut selepas tertelan jarum jahit sepanjang empat sentimeter yang ditinggalkan ibunya....

Penjara 15 Tahun Jika Cemar Makanan

20/09/2018
0

SYDNEY - Australia hari ini meningkatkan hukuman penjara kepada 15 tahuh ke atas sesiapa yang didapati bersalah mencemarkan makanan ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd