• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Pesuruhjaya SPRM Menghadap Sultan Johor

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad hari ini menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berhubung pendedahan baginda mengenai ada orang tengah cuba merasuah baginda berhubung penganugerahan pingat.

Perjumpaan itu berlangsung di sebuah lokasi di ibu negara hari ini.

Dzulkifli tiba di lokasi berkenaan pada 8.30 pagi dan berada bersama baginda sehingga kira-kira 9.40 pagi namun beliau enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan itu ketika ditanya pemberita.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim meninggalkan kediaman baginda pada kira-kira 10.20 pagi dan enggan mengulas lanjut ketika ditanya media mengenai pertemuan itu.

Baginda hanya bertitah: “I am going shopping.”

Pada 25 Mac lepas, menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook, Sultan Ibrahim bertitah baginda mahu SPRM menghadap baginda segera supaya perkara terbabit dapat disiasat.

Sultan Johor baru-baru ini mendedahkan baginda menerima tawaran RM2 juta daripada seorang individu untuk mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara bagi mendapatkan gelaran ‘Tan Sri’ daripada Yang di-Pertuan Agong. – BERNAMA

Tags: SPRMSultan Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd