• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Skandal Hartanah: Exco Johor Direman Tujuh Hari

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Exco kerajaan negeri Johor, Datuk Abdul Latiff Bandi ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pertukaran status hartanah di sekitar Johor.

Perintah remah dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Nur Sulehan Abd. Rahman selepas permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan siasatan.

Abdul Latiff, 51, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor ditahan kira-kira pukul 10.50 pagi semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Johor.

Beliau dibawa ke Kompleks Mahkamah Johor Bahru kira-kira pukul 9.11 pagi Jumaat diiringi pegawai SPRM dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda milik agensi itu.

Baca: Kes Skandal Hartanah: Exco Johor Dibawa Ke Mahkamah

Abdul Latiff kemudian dibawa keluar meninggalkan kompleks mahkamah pada pukul 11.20 pagi.

Exco itu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Susulan penahanan Abdul Latiff, SPRM merampas wang tunai sebanyak RM41,000, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Vellfier dan 150 beg tangan pelbagai jenama selepas menggeledah sebuah rumah di sini.

Sebelum itu, Abdul Latiff yang juga merupakan ADUN Endau telah bercuti daripada portfolionya sejak 1 Mac lalu susulan siasatan SPRM.

Pada 24 Februari lalu, anak lelaki dan pembantu khas beliau turut pernah ditahan oleh pihak SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes sama.

Bagaimanapun, mereka dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas memberikan kerjasama. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kes RasuahSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua meminta Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaudit aliran...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd